28/01/2025
Dada mulia Rasulullah ﷺ telah dibelah sebanyak dua kali; pertama, ketika baginda bersama Bani Sa’d di bawah jagaan Halimah, dan kedua, sebelum peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ada juga riwayat yang menyebut bahawa dada baginda dibelah tiga kali, dengan kali ketiga berlaku ketika baginda menerima wahyu kerasulan. Maysarah meriwayatkan bahawa beliau bertanya, “Bilakah kenabian ditetapkan untukmu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat.”
Para ulama mentafsirkan peristiwa ini sebagai persediaan untuk Rasulullah ﷺ menghadapi beban besar yang bakal Baginda tanggung. Qiyamullail adalah kewajipan bagi Baginda, berbeza dengan umatnya yang hanya menjadikannya sebagai amalan sunat. Ketika berpuasa, Baginda pernah menyambung puasa selama dua hari berturut-turut dan bersabda, “Aku bermalam di sisi Tuhanku yang memberiku makan dan minum.” Perjalanan Isra’ dan Mikraj p**a sangat berat kerana lapisan atmosfera mempunyai tekanan yang tidak mampu ditanggung oleh tubuh manusia biasa.
Ketika wahyu diturunkan, tubuh Baginda juga merasai kesannya. Jika Baginda menaiki unta ketika menerima wahyu, unta tersebut akan terduduk kerana beratnya bebanan itu. Oleh itu, pembelahan dada adalah sebahagian daripada persiapan fizikal Baginda untuk menerima tugas yang mulia ini.
Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah.