Roti Canai Walid Adeera

Roti Canai Walid Adeera Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Roti Canai Walid Adeera, LOT KEDAI NO 7 ROTI CANAI WALID ADEERA, Kuala.

Pelbagai jenis roti dan set nasi seperti Roti Tisu,Pisang,Boom,Sarang Burung Berlauk,Milo, Planta, Cheese, Murtabak Ayam&Daging, Roti Planta, Roti Sardin, Set Nasi Sup Tulang, Set Nasi Sup Ekor, Set Nasi Daging Belengas & Pulut Panggang Gasi🥳🥳

15/12/2025

Terima kasih memilih kami utk mengisi perut anda,
Ex5 member 5.0 2025@ Roti Canai Walid Adeera ..
Uolls memang ketegakk
Perak-Terengganu 17jam🤣🤣

27/08/2025

Alhamdulillah Walid Adeera dikunjungi pelbagai kaum, ada cina, ada India dan ini Serani..

Kene dengan selera semua..
Allah hantar mereka semua ke sini..

Moga terus terbang tinggi Walid Adeera..chaiyok!!

13/11/2024

Terima kasih murabbi kesayangan ramai, sudi singgah ke Teratak tak seberapa Roti Canai Walid Adeera..

Semoga Ustaz diberikan kesihatan yg afiat dan direzekikan umur yang berkah..

Aamiin..Aamin🤲🤲

15/10/2024

Dalam hidup, kita akan mudah berkumpul dengan orang yang senada jiwanya dengan kita.

Cara Allah buat isihan dan tapisan ukhuwah tak pernah tersalah. Selalu unik dan berakhir dengan cukup indah.

Orang yang pertama kali kita jumpa, nampak baik-baik saja. Dan kita yang tak mahu berprasangka apa-apa pun terus juga berbaik-baik dengannya.

Sehari, dua hari. Setahun, dua tahun. Semuanya macam baik-baik saja.

Tapi hati yang busuk takkan mampu dikekang baunya di sebalik topeng yang indah. Baunya tetap akan tersebar.

Lama kelamaan, bau yang kita hidu akan jadi asbab topengnya p**a jatuh satu persatu. Terbongkar! Terbukti!

Sungguh, Allah sentiasa punya cara untuk menunjukkan wajah sebenar seseorang berdasarkan hati yang dia miliki. Lebih mengerikan apabila ada yang bersekutu dengan jin dan syaitan! Allah...

Masa kebenaran terbongkar, memang kita kecewa dan terluka. Apatah lagi jika kita harus menahan lisan kita daripada menyebarkan buruknya demi prinsip dan adab kita. Kita tak s**a mengumpat, kita tak nak buka aib sesiapa. Jadi, kita terus diam bersama luka yang terpendam.

Namun situasi memburuk apabila terpaksa melihat seorang demi seorang kesayangan kita p**a berengsot ditarik mendekatinya.

Rasa mahu berdarah bibir yang diketap rapat! Serasa mahu menjerit kuat-kuat agar jangan terlibat. Jaga-jaga dengan dia. Bahaya!

Tapi akhirnya kita tetaplah kita yang memilih untuk menyerahkan urusan kita pada Allah. Biarlah Allah yang membuat tapisan ukhuwah.

Ya, berbalik pada hukum asalnya. Manusia akan senang berada dalam kelompok orang yang senada dengan jiwanya.

Yang ikhlas akan tetap selesa berada dalam kelompok orang yang ikhlas juga.

Yang s**a berpura-pura akan terjebak dengan orang yang punya cara yang sama macam caranya.

Di tengah-tengah mereka, mungkin ada yang menjadi mangsa dan terpedaya.

Namun bak kata Almarhum TG Nik Abdul Aziz,

"Orang yang tersesat akan sentiasa merindukan jalan p**ang."

Maka, kita tenang-tenang saja.

Tidak perlu susah payah mengatur apa-apa. Yang perlu kita jaga tetaplah hati kita dan persekitaran kita agar terus jernih. Teruslah berdoa untuk sentiasa berada dalam rahmat dan pelukan kasih sayang Allah.

Selainnya, serahkan pada masa. Kebenaran tentang kebatilan tetap ada. Sehebat mana pun kita menahan lisan kita, selicik mana pun dia berusaha menyembunyikannya, masa akan tetap berjaya membongkarnya!
menemukan kita dgn sesiapa yg hadir dlm hidup kita bknlh sia2 semuanya bersebab dan berhikmah, oleh itu, berlapang dada dan ikhlaskan saja semuanya..Allah Maha Tahu💞

Sedikit paparan kisah hari "Kotak Misteri Walid" Yang berlangsung 30-31 Ogos 2024,Sekadar berkongsi rasa terima kasih da...
04/09/2024

Sedikit paparan kisah hari "Kotak Misteri Walid" Yang berlangsung 30-31 Ogos 2024,

Sekadar berkongsi rasa terima kasih dan penghargaan buat semua yang menyokong kami selama ini..

Terima kasih semua pelanggan yang baik budi, Rezeki dikongsi bersama🌸🌸

30/08/2024

Bismillahirahmanirrahim,

Menu Baru Di Roti Canai Walid Adeera Set Nasi Tulang RM12

NASI PUTIH
SUP TULANG
TELUR DADAR
SAMBAL BELACAN
TIMUN BATANG
HANYA RM12 SAHAJA!!!!!

HARGA JACKPOT SUNGGUHLA,RASA KAYANGAN INSHAALLAH..
EJAS MARI RASA SENDIRI LA DEH,
XMBOH OVERCLAIM

Mari tu jangan xmari,
Mokcik tunggu ni🫰🫰🫰🫰

Waktu urusniaga
Isnin-Sabtu
5petang-11malam
Medan Selera Flat Kg Batin,
Seberang Takir

Google maps Roti Canai Walid Adeera

17/03/2024

Bismilahirahmanirrahim...

Sedia menerima tempahan RM5 1pck 3biji, murtabak ayam daging juga ada, roti canai, roti boom, pisang, roti tisu, roti sardin dll, gerai no7 Medan selera flat taman batin perdana..jemput dtg semua🥳🥳🥳✨✨✨🌼🌼🌼

Waktu operasi 4.30-6.30 petang/ 9.00-12.00malam(moreh)

05/02/2024

Jemput singgah sama-sama memeriahkan dan menjamu selera ke Medan Selera Kg Batin Perdana, Seberang Takir, Terengganu.

Terdapat 11 unit kedai pelbagai menu dan pilihan sedap2 belaka,

Ejas pakat maghi blake deh, warih waroh, sanak saudara, kaum kerabak, saing rodong kita blaker tu deh🥳🥳🥳

Address

LOT KEDAI NO 7 ROTI CANAI WALID ADEERA
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 17:00 - 23:00
Wednesday 17:00 - 23:00
Thursday 17:00 - 23:00
Friday 17:00 - 23:00
Saturday 17:00 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roti Canai Walid Adeera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share