Popia Jamal & Teh Tarik Fakir

Popia Jamal & Teh Tarik Fakir Selamat datang ke Official Page teh tarik king fakir dan popia jamal. Popia Jamal adalah satu menu yang popular di Alor Setar, Kedah.

Untuk sebarang tempahan pertunjukan teh tarik dari fakir, sila emailkan ke [email protected] atau hubungi 0175554014 ...............................................................................................
MENGENAI TEH TARIK FAKIR :..............................................................................................

Untuk pengetahuan pelanggan, 'Teh Tarik King Fakir'

adalah bersempena dengan gelaran menjuarai pertandingan teh tarik, nescafe tarik, kopi tarik diperingkat Malaysia. Fakir juga adalah pengusaha popia iaitu Popia Jamal dan merupakan perniagaan warisan turun temurun dari 1952 hinggalah sekarang. Dengan mempunyai kepakaran dalam menyediakan teh tarik dan popia yang istimewa, fakir telah membuka restaurant dan cawangan gerai2 di sekitar Alor Setar untuk memudahkan pelanggan menikmati teh tarik fakir dan popia jamal. Selain itu, fakir juga menerima tempahan teh tarik dan popia jamal disamping membuat pertunjukan teh tarik secara percuma untuk memeriahkan lagi majlis.
..............................................................................................
MENGENAI POPIA JAMAL :..............................................................................................

" Popia Jamal Sedap " merupakan tagline penduduk Alor Setar, Kedah kerana popia jamal adalah satu makanan popular dinegeri Kedah sejak zaman berzaman. Nama popia jamal dikenali sejak dahulu kerana ia adalah popia yang paling lama dijual oleh jamal yang kini berusia 82 tahun. Popia Jamal diwarisi oleh jamal dari arwah bapaknya Kadir Mydin yang dijual mulai tahun 1952 di simpang jalan putra, yang dahulunya dikenali sebagai jalan baharu. Pada ketika itu, Kadir Mydin sering ke rumah Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang terletak ditepi sungai jalan putra (kini terletaknya Hotel Royal) untuk membuat popia kerana popia jamal menjadi kegemaran keluarga Tunku Abdul Rahman. Popia jamal juga menjadi kegemaran Tun Dr.Mahathir Mohammad ketika beliau berkhidmat sebagai doktor di Hospital Alor Setar. Popia jamal juga digemari oleh keturunan kerabat diraja Perlis dan Kedah. Kini, popia jamal diwarisi oleh anaknya iaitu Fakir Mohd yang dikenali sebagai Fakir Teh Tariking. Popia jamal telah dikembang perniagaanya oleh fakir sejak tahun 1999. Popia jamal diambil alih oleh fakir dari ayahnya pada ketika itu masih berniaga ditepi Mahkamah Tinggi Simpang Jalan Putra, Alor Setar. Popia jamal yang diusahakan oleh fakir kini mempunyai 5 cawangan di Alor Setar iaitu di

1) Komplek Mara, Jalan Putra
2) Restaurant Zefee, Jalan Pegawai
3) Restaurant Jamal Mydin , Bandar Baru Mergong
4) Tesco Mergong
5) Tesco Stargate

Kami telah berusaha demi pelanggan setia popia jamal dengan melancarkan laman web dan juga facebook untuk memudahkan pelanggan mengetahui lebih lanjut dan mendaptkan info yang tepat dan terkini.


---------->> Untuk lebih info, sila layari website http://teh-tarikking-fakir.com atau hubungi 0175554014

08/08/2022

salam

04/05/2015

As - salam..

semua sihat kot noh?

mai kita tarik teh tarik teh teh.hehe

14/07/2014
14/07/2014
Fakir ketika mengadakan persembahan di London sempena World Travel Fair 2013
11/01/2014

Fakir ketika mengadakan persembahan di London sempena World Travel Fair 2013

Fakir bersama Datuk Amir CEO Maidin Hypermarket Malaysia
11/01/2014

Fakir bersama Datuk Amir CEO Maidin Hypermarket Malaysia

fakir teh tarik show di dalam studio ketika siaran langsung rancangan TV Astro Vanavil
11/01/2014

fakir teh tarik show di dalam studio ketika siaran langsung rancangan TV Astro Vanavil

Persembahan saya di Mamanda Restaurant, Singapore sempena durian party anjuran FAMA Malaysia.
04/01/2014

Persembahan saya di Mamanda Restaurant, Singapore sempena durian party anjuran FAMA Malaysia.

25/12/2013

Assalamualaikum..

kepada sesiapa yang memerlukan sy untuk buat persembahan teh tarik atau popia boleh hubungi sy di 017 - 5554014. sy menerima sebarang event tak kira dimana sahaja. call dulu untuk booking yer atau boleh pm di fb page ni.tq ;)

02/11/2013

saya akan bertolak ke London hari ni untuk mengadakan persembahan disana. Moga semuanya selamat ;)

30/10/2013

Address

10-A Ground Floor, Kompleks Mara Seberang Jalan Putra
Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Popia Jamal & Teh Tarik Fakir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share