04/08/2022
Monceh, Nismilan
Kenduri dulu-dulu mana ada katering. Time tu, bila ada je kenduri terutama kenduri kahwin, lelaki muda gagah perkasa dah standby nak jadi penanggah. Yang duduk kat bandar pun sanggup balik sebab nak tolong. Port lelaki biasanya kat khemah lauk-pauk, tambah mana yang kurang. Pinggan, piring, cawan pun biasanya kepunyaan tuan rumah. Yang perempuan p**a jadi tukang hidang. Kerjasama dan muafakat cukup tebal. Yang pangkat abah-abah dah duduk rehat sebab mereka adalah 'orang pangkal' (tukang masak). Yang emak-emak p**ak standby nak basuh pinggan. Meriahnya time tu sampai sekarang tak boleh lupa. Yang tinggal kini cuma gambar-gambar untuk disimpan. Walaupun masih ada lagi yang buat kenduri semua sendiri, tapi mungkin tak semeriah dulu. Simpanlah momen sekarang ketat-ketat kerana ia akan menjadi kenangan terindah Malaysiaku Dulu-Dulu untuk tempoh 10 atau 20 tahun lagi.
☺️
Gambar: Jejaka-jejaka terhangat satu ketika dulu dari Kampung Gemencheh Lama, Negeri Sembilan. Tahun 90-an.
Kredit: Zuraita Mohd Anua