Kedai Makan Razak Yatim

Kedai Makan Razak Yatim Menyediakan sarapan pagi, makanan tengah hari seperti nasi campur dengan pelbagai lauk pauk

29/03/2023
24/03/2023

Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.
Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa2 selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.
Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.
Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak kelaur modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.
Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.
Bahan kisar :
1. 3 inci halia
2. 3 inci lengkuas
3. 12 biji bawang merah
4. 1 setengah bawang holland
5. 4 batang serai besar
6. 2 sudu kecil udang kering
7. 3 biji cili merah besar
8. 4 helai daun limau purut
9. 6-10 cili kering
Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betol2 lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang 'umphh' orang kata.
Bahan tambahan
1. 5 sudu cili kisar
2. 2 keping asam keping
3. 1 sudu kecil gula melaka
4. Gula putih
5. Garam
6. Penambah perisa (Knorr)
7. Sedikit minyak
Cara penyediaan pes
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
2. Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 🤗
Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi
1. Siang ikan dan basuh betol2. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan pulak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.
2. Sediakan daun pisang besar2. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
3. Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil2 tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang. Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.
Puan2 boleh cuba ye. Nanti saya akan share lagi resepi lain yang boleh memikat selera puan puan semua. 🥰
Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)

19/03/2023
23/12/2022
08/10/2022
08/10/2022

DAGING DENDENG

Bahan-bahan:

* 1/2kg Daging – potong nipis

* 1 labu bawang besar – dimayang halus

* 4 biji bawang merah – dimayang halus

* 3 ulas bawang putih – dimayang halus

* 1 inci halia – dimayang halus

* 2 batang serai

* 3 helai daun limau purut

* Kulit kayu manis

* Bunga lawang

* 1 senduk cili blend

* 1/2 cawan kicap cap kipas udang

* Sedikit air asam jawa

* Air rebusan daging

Cara-cara:

1. Daging dipotong nipis dan kemudian rebus hingga lembut. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk satu2 hirisan daging tadi

2. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar, jangan terlalu lama nanti daging keras. Ketepikan

3. Tumis bahan yang dimayang halus sampai garing kemudian angkat

4. Guna minyak yang sama tadi, tumis serai, bunga lawang dan kulit kayu manis

5. Bila dah wangi, masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.

6. Masukkan kicap, air asam jawa, daging, gula dan garam

7. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng awal tadi. Kacau sebati dan siap

Kredit: Cik Puan Julieta

29/07/2021

Menyediakn sarapan pg & makan t/hari

08/04/2021

Harini cuti.
Esok on mcm biasa

👋👋Kedai Makan Razak Yatim👋👋😙Ada sarapan pagi😙. Roti canai yang lembut🤤, gulai kawah kari daging🥘, nasi lemak😻, nasi gore...
24/12/2019

👋👋Kedai Makan Razak Yatim👋👋

😙Ada sarapan pagi😙. Roti canai yang lembut🤤, gulai kawah kari daging🥘, nasi lemak😻, nasi goreng🍛, mee goreng🍝

😚Untuk tengah hari😚, nasi campur berlauk istimewa😋 seperti labu masak lemak, ayam goreng kfc🍗🔥, rendang limpa, gulai ayam kampung🐔🍗, sambal sotong🦑, paru goreng berempah, kerabu perut, dan bersama 20 jenis lauk yang lain😍😍.

Address

Jalan Hulu Langat, Batu 10
Hulu Langat
43200

Opening Hours

Monday 06:30 - 16:30
Tuesday 06:30 - 16:30
Wednesday 06:30 - 16:30
Thursday 06:30 - 16:30
Friday 06:30 - 16:30
Saturday 06:30 - 16:30

Telephone

+60189526166

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Makan Razak Yatim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share