Rock Village

Directions Contact the business

Rock Village Rock Village is campsite resort conception for everyone who love living close to nature.

Perjalanan Rock Village hari ini mendapat liputan di Berita Harian. Terima kasih atas kepercayaan, liputan dan sokongan ...
20/07/2026

Perjalanan Rock Village hari ini mendapat liputan di Berita Harian. Terima kasih atas kepercayaan, liputan dan sokongan yang diberikan kepada kami. Semoga Rock Village terus berkembang sebagai salah satu destinasi pelancongan unik di Negeri Kedah.

SEBELUM ini, kawasan berbatu di Kampung Kura di S*k, Kedah, dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi kerana sukar diusahakan sebagai kebun. Namun hari ini, kawasan itu muncul sebagai antara destinasi rekreasi yang semakin mendapat perhatian, hasil keunikan formasi batu gergasi semula jadi serta panora...

06/07/2026

Rock Village berbesar hati apabila turut disebut dalam ucapan YAB Menteri Besar Kedah di Istana sebagai antara destinasi pelancongan yang sedang dipromosikan di Negeri Kedah.

Perkembangan ini merupakan satu penghargaan buat Rock Village dan menjadi semangat untuk terus membangunkan destinasi ini sedikit demi sedikit.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedah Tourism, rakan-rakan media serta semua pihak yang sentiasa memberi ruang, sokongan dan kepercayaan dalam memperkenalkan Rock Village kepada lebih ramai pengunjung.

Semoga Rock Village terus berkembang sebagai salah satu destinasi pelancongan alam semula jadi yang memberi manfaat kepada Negeri Kedah dan semua pengunjung.

16/06/2026
🐘 Batu Anak Gajah (Elephant Calf Rock)Batu granit semula jadi ini mendapat nama Batu Anak Gajah (Elephant Calf Rock) ker...
14/06/2026

🐘 Batu Anak Gajah (Elephant Calf Rock)

Batu granit semula jadi ini mendapat nama Batu Anak Gajah (Elephant Calf Rock) kerana bentuknya yang menyerupai seekor anak gajah apabila dilihat dari sudut tertentu.

Ciri-ciri yang menyerupai anak gajah:

Badan Anak Gajah

* Bahagian batu yang besar dan membulat menyerupai tubuh seekor anak gajah yang sedang berdiri.

Kepala Gajah

* Bahagian hadapan batu yang sedikit menonjol membentuk rupa kepala anak gajah.

Belalai

* Batu kecil di bahagian hadapan kelihatan seperti belalai yang sedang menghala ke bawah.

Postur Berdiri

* Apabila dilihat dari sudut ini, keseluruhan siluet batu menyerupai seekor anak gajah yang sedang berdiri dan memandang ke hadapan.

Interpretasi Pengunjung

* Rock Village menggalakkan pengunjung menggunakan imaginasi dan pemerhatian sendiri untuk mengenali bentuk-bentuk haiwan yang tersembunyi pada batu-batu semula jadi di sini.
* Dari sudut ini, ramai pengunjung melihat batu ini sebagai seekor anak gajah yang sedang berdiri di tepi bukit sambil menikmati pemandangan sekeliling.

🐍 Batu Kepala Ular (Snake Head Rock)Batu granit semula jadi ini mendapat nama Batu Kepala Ular (Snake Head Rock) kerana ...
12/06/2026

🐍 Batu Kepala Ular (Snake Head Rock)

Batu granit semula jadi ini mendapat nama Batu Kepala Ular (Snake Head Rock) kerana bentuknya yang menyerupai kepala seekor ular apabila dilihat dari sudut tertentu.

Ciri-ciri yang menyerupai kepala ular:

Bentuk Kepala

* Bahagian hadapan batu yang besar dan membulat menyerupai kepala seekor ular yang sedang mengangkat kepalanya.

Mulut Ular

* Rekahan semula jadi pada bahagian hadapan batu kelihatan seperti garisan mulut ular yang sedang tertutup.

Leher Ular

* Bahagian bawah batu yang memanjang dan sedikit melengkung menyerupai leher ular yang sedang bersedia untuk memerhati sekelilingnya.

Profil Sisi

* Apabila dilihat dari sisi, keseluruhan siluet batu ini menyerupai profil kepala ular yang sedang memandang ke hadapan.

Interpretasi Pengunjung

* Rock Village menggalakkan pengunjung menggunakan imaginasi dan pemerhatian sendiri untuk mengenali bentuk-bentuk haiwan yang tersembunyi pada batu-batu semula jadi di sini.
* Dari sudut ini, ramai pengunjung melihat batu ini sebagai seekor ular yang sedang memerhati kawasan sekelilingnya.

10/06/2026

Di atas batu granit besar di Rock Village, ada sebuah rumah kecil yang diberikan nama Wut’s House.

Untuk sampai ke rumah ini bukan dengan jalan biasa. Perlu melalui celahan batu dan memanjat tangga tali sebelum tiba di atas batu besar yang menghadap pemandangan bukit dan hutan di S*k.

Disebabkan laluan gua ke rumah ini tidak begitu luas, sistem pulley khas juga dibina untuk menghantar barang-barang, makanan dan keperluan ke atas rumah ini. Sedikit demi sedikit, tempat ini dibina mengikut bentuk semula jadi batu tanpa banyak mengubah keadaan asalnya.

Rumah ini juga direka bukan untuk kemewahan atau keselesaan moden, tetapi lebih kepada pengalaman merasai cara hidup bersama alam seperti orang dulu-dulu.

Tiada bekalan elektrik di sini. Hanya lampu solar digunakan sebagai sumber pencahayaan pada waktu malam, menjadikan suasana lebih tenang dan dekat dengan alam semula jadi.

Di belakang rumah p**a ada sebuah gua semula jadi yang mempunyai banyak cabang kecil di dalamnya.

Bahagian gua ini dihias perlahan-lahan dengan konsep gua harta karun. Ada lampu di celahan batu, lorong kecil di antara batu granit dan suasana yang terasa seperti dunia lama yang tersembunyi di dalam bukit.

Di sinilah tempat untuk masak, makan dan berehat.

Air semula jadi juga mengalir perlahan dari celahan batu dan boleh digunakan untuk mandi sambil menikmati suasana gua yang sejuk dan tenang.

Bila musim hujan, suasana di sini jadi semakin cantik.

Bangun pagi dengan udara bukit yang sejuk, bunyi titisan air dari batu, buat kopi panas di dapur gua dan melihat awan karpet perlahan-lahan memenuhi pemandangan di hadapan rumah.

Kadang-kadang terasa seperti berada di tempat yang jauh dari dunia luar.

Tiada bunyi bandar.
Hanya batu, hutan, kabus dan bunyi alam.

Semuanya masih dalam proses dan akan siap sepenuhnya dalam masa yang tidak lama lagi 😊





Create memories that last a lifetime di Rock Village! πŸŽ‹βœ¨β€‹Seronok tengok gelagat family dan pasangan yang datang support ...
25/05/2026

Create memories that last a lifetime di Rock Village! πŸŽ‹βœ¨

​Seronok tengok gelagat family dan pasangan yang datang support kami baru-baru ni. Masing-masing kreatif betul bila buat aktiviti Bamboo Tags! Inilah masanya untuk kita bonding dan eratkan lagi hubungan dengan orang tersayang dalam suasana alam semulajadi yang tenang.

​Terima kasih buat semua yang sudi singgah. Korang memang penyeri Rock Village! 😍

​Korang yang belum datang tu, tunggu apa lagi? Jom ajak partner, kawan-kawan, atau seluruh ahli keluarga ke Rock Village minggu ni. Kita enjoy pemandangan, minum kopi, dan tinggalkan jejak korang di sini. Kami sedia menyambut kedatangan anda semua dengan tangan terbuka! πŸ‘‹β˜•οΈ

Klik link whatsapp di bawah atau terus hubungi kami:
https://wa.me/60143273168
πŸ“² 014-3273168

πŸ“’ BOOKING JUN KINI DIBUKA!Siapa yang dah lama '𝙐𝙨𝙝𝙖' Rock Village tu, ni masanya! Kami kini menerima tempahan untuk sepa...
17/05/2026

πŸ“’ BOOKING JUN KINI DIBUKA!

Siapa yang dah lama '𝙐𝙨𝙝𝙖' Rock Village tu, ni masanya! Kami kini menerima tempahan untuk sepanjang bulan JUN. Penginapan unik dengan gaya "π‘Ήπ™Šπ‘Άπ™ π˜Ύπ‘¨π™ˆπ‘·" menanti anda.

πŠπ„ππ€ππ€ kena pilih π™π™Šπ˜Ύπ™† π™‘π™„π™‡π™‡π˜Όπ™‚π™€ ?
βœ… Suasana tenang & damai
βœ… Pemandangan bukit & batu yang unik
βœ… Sesuai untuk family gathering/reunion

Klik link whatsapp di bawah atau terus hubungi kami:
https://wa.me/60143273168
πŸ“² 014-3273168

πŸ“’Nak lari sekejap dari hiruk-pikuk bandar? πŸŒΏβœ¨β€‹Bulan Mei ni, apa kata bagi peluang pada diri sendiri untuk bangun tidur d...
28/04/2026

πŸ“’Nak lari sekejap dari hiruk-pikuk bandar? 🌿

βœ¨β€‹Bulan Mei ni, apa kata bagi peluang pada diri sendiri untuk bangun tidur depan pemandangan awan karpet macam ni. Tak perlu ke luar negara, dekat S*k pun ada view yang mahal!
​Bayangkan kopi panas, udara segar, dan bunyi alam semulajadi. Memang terapi terbaik untuk recharge tenaga.

β€‹βœ… Slot Mei kini dibuka! Jangan tunggu sampai penuh, nanti kempunan nak healing

πŠπ„ππ€ππ€ kena pilih π™π™Šπ˜Ύπ™† π™‘π™„π™‡π™‡π˜Όπ™‚π™€ ?
βœ… Suasana tenang & damai
βœ… Pemandangan bukit & batu yang unik
βœ… Sesuai untuk 'Nature lovers'
βœ… Sesuai untuk family gathering/reunion

Klik link whatsapp di bawah atau terus hubungi kami:

πŸ”— https://wa.me/60143273168

πŸ“² 014-3273168 (Admin Rock Village)

πŸ“ Lokasi: Rock Village, S*k, Kedah.

See you at the top! β›°οΈπŸŒ…

πŸ’¦πŸ’¦Selamat Hari Songkran! πŸ’¦πŸ’¦Semoga percikan air hari ini membawa kedamaian dan keceriaan bagi kita semua☺️
13/04/2026

πŸ’¦πŸ’¦Selamat Hari Songkran! πŸ’¦πŸ’¦
Semoga percikan air hari ini membawa kedamaian dan keceriaan bagi kita semua☺️

Address

Rock Village, Kampung Kura
Jeniang
08210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rock Village posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rock Village:

Shortcuts

Share

Category