Raja Tomyam

Raja Tomyam Resepi Istimewa daripada Pakar Masakan Tomyam D' Raja

Raja Tomyam diberi nama,
Ilham Raja Bongsu empunya diri,
Resepi ciptaan sendiri lagi sedap rasanya,
Sekali cuba pasti nak lagi :)

06/06/2015
Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan Allah agar dapat menjejakkan kaki dan beribadah kepada Mu ya Allah disana...doa d...
30/10/2013

Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan Allah agar dapat menjejakkan kaki dan beribadah kepada Mu ya Allah disana...doa dari kalian amatlah di hargai,insya-Allah

TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR1- Sembahyang diringan-ringankan.2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa d...
22/09/2013

TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR
1- Sembahyang diringan-ringankan.
2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3- Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4- Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5- Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6- Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7- Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8- Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9- Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (le***an) semakin menjadi-jadi.
10- Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11- Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12- Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikkan.
13- Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14- Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15- Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika sembahyang, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-NYA.
16- Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan s**a berpesta.
17- Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.
18- Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
19- Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.
20- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Pentingnya  Redha Suami
19/09/2013

Pentingnya Redha Suami

18/09/2013

Awas dengan tepung Dan vitamin B!!!

Al-Hamdulillah :)
09/09/2013

Al-Hamdulillah :)

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Wa...
09/09/2013

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?

1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.

BAHAYA BILA BUDAK TRPENGARUH CITER KL GANGSTER!!Mak : Aman...diam skit la...adik kamu nk tido ni...Aman : Lu tnggu wa ma...
08/09/2013

BAHAYA BILA BUDAK TRPENGARUH CITER KL GANGSTER!!


Mak : Aman...diam skit la...adik kamu nk tido ni...
Aman : Lu tnggu wa mati dlu la bru wa diam..
Abah : Aman...abah pnmpar kang...
Aman : Lu sapa wa mau goyah...
Mak : Aman...abah kamu tu...hormat la skit...
Aman : Wa xkira,lu abg long ka,lu ayahanda ka,ini KL gua pgang...
Abah : Ish...mmg nk kne bdak ni...abah halau kluar rumah kang...
Aman : Lu sapa suruh wa blah...Mana wa mau redah,wa punya s**a la...
Mak : Aman...abah kamu tu...hormat skit la...
Aman : Haiyya...wa xkira la apa jasa dia sama lu...ok,,,klau lu nk angkt dia,lu angktlah...
Abang : Apa kau mrpek ni aman...kau nk mati ke ckp mcm tu kt mak abah...???
Aman : Aku x tkot mati,tp aku xnk mati...
Abah : Aman...!!! sape ajar kau mcm ni...kau nk lwn mak,abah ngn abg kau sndri...???
Aman : Abg x abg,sapa kacau pecah...
Abah : Mmg nk kne sepak bdak ni kang...
Aman : Klau bkan krna bpk lu,dh lama wa sepak muka lu...
Abah : Paanngggg...!!! puas hati aku...
Aman : Waaaa....skit...aman grau je abah...
Abah : Ha...bru hang rasa wa pnya senngattt...!!!

Pada hujung2 tahun 90an dlu, ABG MIN ade mendengar salah satu ceramah ustaz yang terkenal pd ms tu dlm radio...pada huju...
08/09/2013

Pada hujung2 tahun 90an dlu, ABG MIN ade mendengar salah satu ceramah ustaz yang terkenal pd ms tu dlm radio...pada hujung ceramah beliau, dia bukakan soalan kpd pendengar2 untuk brtanyakn soalan kpd beliau. Dalam banyak2 soalan tu, ABG MIN msh ingt lagi salah satu soalan yg ditujukn kpd beliau.

Pemanggil : Assalamualaikum ustaz.

Ustaz : Waalaikummussalam.

Pemanggil : Saya ###xx dari ###xx nk tnya satu soalan kat ustaz. Begini ustaz, saya ada nk buat mkn2 kat rumah ptg ni lps Jumaat. Tapi saya nk ajak Jin dgn Syaitan dtg mkn2 kat rmh saya. mcmna tu ustaz? ( ABG MIN agak dia ni kpla xbtl atau saje nk bt lawak )

Ustaz : Hahaha...(DJ Radio pn gelak sama)hmmm..pada pandangan saya mudah saja. Awak pergi ke masjid2 besar atau kat mana2 masjid yg ramai org, awk tuggu smpai hbs org solat Jumaat. yang mana meninggalkn masjid dlu sblm imam hbs baca doa, awak jemputlah org tu dtg ke rumah awak..(skali lg ustaz tu ketawa)

Pastu iklan 5 minit..

Hahaha...sape2 yg buat td tu jgn terase yer..ABG MIN agak ustaz tu menyindir 2 dlm satu..sindir yg bertanya soalan dgn sindir org blk awal slps solat Jumaat( sblm imam hbs bc doa )..lps ni jgn blk awal lg tau.nnti ade org ajak jemput g mkn kat rmh dia..hahaha..

_ABG MIN_

Tips Hidup Bahagia :)
08/09/2013

Tips Hidup Bahagia :)

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?Anak perempuan saya umur 13 tahun dan s...
06/09/2013

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

In Shaa Allah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....Aamiinn...

Address

Kampong Ajil
21800

Telephone

+60169214149

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raja Tomyam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category