07/05/2026
**Setiap Rumah Ada Ceritanya**
MRA Perlis telah menziarahi adik Nur Fatini, 12 tahun, di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup yang kini mengalami masalah kesihatan sejak Ramadan yang lalu.
Adik Fatini mengalami kecederaan ketika di sekolah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar serta Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Keadaan kesihatan beliau menyebabkan adik Fatini tidak dapat bergerak dan berdikari seperti biasa, serta memerlukan bantuan dan sokongan dalam menjalani kehidupan seharian. Namun begitu, beliau tetap bersemangat dan menyimpan hasrat yang tinggi untuk kembali ke sekolah serta sembuh seperti sediakala.
MRA Perlis telah mengambil inisiatif menyampaikan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan adik Fatini serta meringankan beban keluarganya.
Kami juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada adik Fatini bahawa setiap penyakit adalah daripada Allah, dan hanya Allah yang akan memberikan kesembuhan. Antara pesanan yang dikongsikan:
1. Yakin pada diri dan terus bersemangat
2. Patuh mengambil ubat dan lakukan senaman ringan
3. Sentiasa berdoa, bersabar dan menjaga solat
Kami yakin adik Fatini akan sembuh, insya-Allah.
Sehubungan itu, MRA Perlis merayu sumbangan orang ramai untuk disalurkan terus kepada keluarga adik Fatini bagi meringankan beban mereka yang sedang berjuang menghadapi ujian ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
**Norashikin Binti Hasin**
03102020134910
(Bank Islam)
Turut hadir bersama ialah pihak pengurusan Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup. MRA Perlis juga menawarkan kerjasama kepada pihak pengurusan dalam membantu golongan asnaf melalui kepakaran dalam bidang pendidikan, perubatan dan teknologi.