Hiyaz Community

Hiyaz Community Community Update ElectRiz Product & Service
We Build, We Help
(1)

11/06/2026

Lumut dan kerosakan bukan keindahan warisan kita.

Hari ini Tinjauan kawasan Gelanggang Seni, Kota Bharu sempena penganjuran Festival KICW. Usaha menarik lebih ramai pengunjung perlu diseimbangkan dengan penyelenggaraan persekitaran yang bersih, selamat dan menarik.

Warisan bukan sekadar bangunan dan acara, tetapi juga bagaimana kita menjaga imej serta persekitarannya. Pelancong datang untuk melihat keindahan budaya dan bandar yang terurus, bukan landskap yang terbiar dan permukaan berlumut yang boleh mengundang bahaya.

Jika tiada sebarang halangan, komuniti akan usahakan pembersihan bagi keceriaan dan keselamatan bersama. Daulat Rakyat!

10/06/2026

Menziarahi komuniti yang terjejas akibat kebakaran besar di Kg Gok Kapor. Melihat sendiri kesan kebakaran yang memusnahkan beberapa kediaman benar-benar memberi kesedaran bahawa musibah boleh berlaku dalam sekelip mata. Pasukan bomba juga berdepan cabaran apabila sumber bekalan air di kawasan tersebut terhad, selain laluan yang sempit menyukarkan operasi pemadaman.

Daripada ziarah ini, Min turut melihat betapa pentingnya peranan pili bomba dalam situasi kecemasan. Aset yang sering dipandang biasa ini sebenarnya boleh menjadi faktor penting dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda apabila berlaku kebakaran.

Disebabkan kekerapan insiden kebakaran yang berlaku di sekitar Kota Bharu tahun ini, Kempen Sayangi Pili akan dijalankan bagi membantu mengenal pasti, membersihkan dan melaporkan pili bomba yang rosak kepada pihak berkaitan. Jom sama-sama cakna, kerana pili bomba yang dijaga hari ini mungkin menjadi penyelamat pada hari esok.

Tinjauan premium! wakil komuniti dalam lawatan mengejutnya untuk melihat keadaan semasa Taman Awam Perbandaran Kota Bhar...
09/06/2026

Tinjauan premium! wakil komuniti dalam lawatan mengejutnya untuk melihat keadaan semasa Taman Awam Perbandaran Kota Bharu dari dekat. Suatu kehambaan untuk merakam detik ini. Daulat Rakyat!

07/06/2026

enjit enjit semut banjir momentđŸ§¨

06/06/2026

Kami tidak mampu menggantikan semuanya. Tetapi masih mampu melakukan sesuatu.
Sekadar usaha rakyat, agar anak-anak pelajar tidak perlu bergantung pada nasib untuk berada dalam keadaan selamat.

KOTA BHARU: Ops Ronda Komuniti kini menggunakan dron untuk membantu pemantauan kawasan bandarsecara lebih meluas.Gabunga...
04/06/2026

KOTA BHARU: Ops Ronda Komuniti kini menggunakan dron untuk membantu pemantauan kawasan bandar
secara lebih meluas.
Gabungan rondaan darat dan udara membolehkan komuniti dipantau dengan lebih cekap, selamat dan efektif.
Penggunaan dron juga membantu dari aspek
keselamatan dan penilaian awal kawasan seperti pemeriksaan sarang tebuan sebelum pembersihan, serta pemantauan kawasan semak samun sebelum dijijaki.
Bersama Kita Pantau, Bersama Kita Cakna.

02/06/2026

Dalam diam ada yang tercedera, di saat menunggu ada yang tidak selesa. Hari ini kita bawa sedikit perubahan untuk semua. Tindakan keselamatan dan kebajikan telah diambil agar ruang awam ini kembali lebih selamat, bersih dan selesa, demi kemakmuran serta ketenteraman bersama.

31/05/2026

A few buckets of water, a little time this holiday

29/05/2026

Kadang-kadang bila kita cuba selesaikan satu masalah,
baru nampak masalah lain yang selama ini bertapa di situ tanpa disedari.

28/05/2026

Let’s prevent damage before it gets worse, so public repair costs can be focused on areas that need it most.

Address

Kota Bharu
15050

Telephone

+601111005764

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hiyaz Community posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share