29/09/2022
Resepi Jeruk Mangga
Bahan-bahan :
20-25 biji mangga muda,
1 sudu kecil kapur makan,
5 sudu besar garam kasar dikacau sampai larut dengan air. Air agak-agak asalkan separas dengan buah yang hendak direndam,
3 setengah cawan gula pasir dimasak dengan air secukupnya,
2 sudu makan cuka masakan (tambahan).
Cara Penyediaan :
Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh hanya bersihkan kulitnya kemudian belah dua atau potong kecil, buang biji dan selaputnya.
Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit. (Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk jadi rangup. Jika nampak hitam-hitam lebam sila abaikan. Itu cuma tindak balas kapur bila direndam dengan buah pelam yang bergetah.
Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut. Toskan.
Masukkan mangga dalam bekas bertutup.
Tuangkan bancuhan air dan garam ke dalamnya.
Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga.
Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.
Selepas rendam 2 hari buang air garam tadi.
Masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam.
Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.
Apabila air gula sudah sejuk, masukkan 2 sb cuka masakan. Toskan mangga.
Tuang air gula + cuka kedalam bekas kedap udara.
Peram selama 1 hari diluar.
Hari kedua, masukkan ke dalam peti ais.
Biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.
Simpan lebih lama lagi dalam peti ais lagi sedap. Siap.