23/09/2026
Saya perasan sejak kebelakangan ni banyak komen yang menghentam apabila saya buat posting berkaitan AI. Antara komen paling pelik adalah isu pemanasan global dan isu penggunaan air (water).
Benda sebenarnya mudah sahaja:
- Hentikan terus penggunaan Generatif AI.
- Stop semua subscription ChatGPT, Gemini semua tu.
- Boikot semua sifu AI.
- Report semua posting berkaitan AI.
- Paksa kerajaan robohkan semua datacenter di negara ni.
- Haramkan pembangunan datacenter secara mutlak.
- Haramkan penjualan GPU dll.
- Minta kerajaan suruh ISP dan Telco untuk blok akses kepada semua platform AI.
- Lagi bagus, haramkan terus semua subjek AI di semua institusi pengajian.
- Promosikan penggunaan TikTok dan Threads secara gila-gila supaya semua belia bergantung kepada TikTok dan Threads.
- Galakkan rakyat Malaysia untuk jadi influencer dan hasilkan konten mengarut untuk engagement.
Perbuatan anda itu akan menjadi manfaat yang SANGAT BESAR untuk individu seperti saya. Semakin ramai rakyat Malaysia yang tak reti atau tak guna AI, maka lebih bagus untuk individu-individu bijak yg gunakan AI dengan cara yang berfaedah.
Benda ni sama macam 5G dulu. Masa saya promosikan 5G, anda siap kata itu agenda dajal. Tapi lepas 4 tahun 5G dilaksanakan, bila anda tak dapat signal 5G, anda maki Fahmi dan Telco.