10/05/2026
SELAMAT HARI IBU 🌷
Alhamdulillah harini Ahad, 10 Mei 2026… tarikh yang ditetapkan untuk menghargai insan paling kuat dalam hidup kita — our backbone, tempat kita balik bila penat, tempat kita mengadu bila sedih. Seorang ibu yang menahan sakit selama 9 bulan, bertarung nyawa demi melihat anaknya lahir ke dunia. Tak kisah bangsa, agama atau budaya berbeza… naluri dan kasih seorang “IBU” tetap sama, kasih yang tak pernah berkira dan tak pernah meminta balasan 🫶🏻
Min masih ingat dulu waktu kecik ii… sehari sebelum Hari Ibu mesti min dengan adik beradik kumpul duit sama ii semata nak beli sekeping kad yang ada bunyi lagu tuuu 😭 kalau tak cukup duit kitaorang buat sendiri je card tu. Simple, tapi penuh excited sebab nak tengok ibu senyum. Sampai sekarang benda kecil macam tu masih terbayang dan buat min sedar… pengorbanan seorang ibu memang tak ternilai.
Baik buruknya tetap beliau ibu kita. Sebagai anak, yang baik jadikan contoh dan jalan untuk kita jadi manusia lebih baik, yang kurang jadikan pengajaran dan iktibar untuk masa depan. Jangan pernah malu peluk ibu, jangan kedekut masa dengan beliau, sebab makin hari usia kita meningkat… ibu kita pun semakin bertambah usia. Sebagai seorang ibu, beliau sentiasa doa anak dia berjaya dunia akhirat, sentiasa nak tengok anak dia bahagia walaupun kadang beliau sendiri penat 🥹
Pengorbanan yang kita tak nampak… yang beliau buat di belakang tabir itulah yang paling besar. Ada ibu selepas marah ii beliau diam tak bercakap sebab takut kata ii beliau nanti menjadi doa. Ada ibu selepas marah ii beliau larikan diri dan menangis di dapur, dalam kereta atau di bilik… walau hati beliau sakit, beliau tak nak menangis depan anak ii sebab nak nampak kuat.
Ada ibu yang kuat dengan adanya seorang suami di sisi. Ada juga ibu yang kuat membesarkan anak-anak seorang diri tanpa bantuan seorang lelaki. Ada ibu yang masih kuat selepas anaknya pergi meninggalkan hidupnya selamanya. Ada ibu yang tetap sabar walaupun anaknya pernah menggores hati beliau. Ada ibu yang sabar menantikan zuriat setelah bertahun ii berkahwin. Ada ibu yang bekerja siang malam semata ii nak pastikan anak-anak cukup makan, cukup pakai dan dapat hidup lebih baik daripada dirinya sendiri.
Itulah kehebatan seorang “IBU” 🤍
Seorang wanita yang sabar, kuat dan tetap terus berjalan walaupun diuji berkali kali. Pengorbanan dan kasih beliau memang takkan mampu dibalas dengan apa pun.
Marah ii beliau macam mana pun… kadang ada ibu kita yang menggunakan kata ii kesat bila terlalu penat atau emosi, maafkan lah beliau. Sehebat mana pun seorang ibu, beliau tetap manusia biasa yang ada lelah dan sakitnya sendiri. Bergaduh macam mana pun dengan ibu kita, tak salah untuk kita mengalah dulu, memohon maaf dan minta ampun walaupun kadang kita rasa kita yang betul. Sayangi beliau, peluk beliau sementara masih ada kesempatan 🤍
Tak apa untuk kita bersabar dan teruskan berdoa… itu salah satu cara sebagai seorang anak yang kita mampu buat. Semoga dengan kesabaran, doa dan usaha kita menjaga hati ibu, Allah hapuskan dosa dosa kita dan lembutkan hati kita semua.
Sebab tu sementara masih ada waktu dan peluang ni, hargai la beliau. Bawa beliau keluar makan, duduk semeja, borak dan gelak sama ii. Betul… makan bersama takkan mampu balas semua pengorbanan beliau, tapi sekurang kurangnya kita cuba bahagiakan hati beliau dengan moment kecil yang akan jadi kenangan besar nanti 🫶🏻
Jadi mari luangkan masa bersama insan tersayang sempena Hari Ibu ni di
✨ BBQ Lamb KL Kemensah ✨
Bawa ibu, family dan orang tersayang menikmati moment ii yang masih ada sementara beliau ada 🤍
📍 BBQ Lamb KL Kemensah
📞 013-978 410