Koperasi Jaringan Muamalat Integriti Selangor

Koperasi Jaringan Muamalat Integriti Selangor Rangkaian Hab Makanan Asas Tempatan Membangun Sistem Makanan Asas Tempatan yang Mampan

09/04/2026

Ingat KOJAMIN ingat produk tempatan

09/04/2026

“KOJAMIN bertindak sebagai tim pemasaran, manakala En. Koslan sebagai pengeluar cili bara. Kerjasama ini bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Peranan pengguna p**a, teruslah menyokong hasil tempatan demi kelangsungan petani dan kita setiasa medapatkan produk yang cukup dan selamat

02 April 2026Bimbingan halatuju koperasi sentiasa menjadi topik yang disampaikan setiap kali perjumpaan diadakan. Membin...
03/04/2026

02 April 2026

Bimbingan halatuju koperasi sentiasa menjadi topik yang disampaikan setiap kali perjumpaan diadakan.

Membina ekonomi dan membangun jatidiri adalah teras yang perlu diperkukuhkan setiap masa di dalam masyarakat sehinggalah masyarakat tersebut mampu menzahirkan ketamadunan dan peradaban yang unggul.

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir Batin.

05/01/2026

Usaha kita dalam menyokong para petani dapat dimulakan dengan menguruskan makanan secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran. Tindakan ini merupakan satu usaha yang mulia, di samping menghargai penat lelah dan pengorbanan para petani di negara kita dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk semua.

05/01/2026

Koperasi KOJAMIN tidak pernah jemu, sentiasa optimis dan peka terhadap keperluan semasa pengguna dengan membekalkan pakej makanan bernutrisi pada harga berpatutan, berasaskan produk tempatan bermutu tinggi, serta mengekalkan hubungan kukuh bersama rakan perniagaan dan petani

OKK IPM Bulanan
4 Januari 2025
Putrajaya

07/12/2025

Produk hasil pertanian tempatan menjadi pilihan utama para peserta Program Kesihatan anjuran ACT di Putrajaya pada hari ini.
Koperasi KOJAMIN turut berkesempatan membekalkan produk keluaran tempatan dalam bentuk pakej makanan nutrisi kepada peserta program.
Jelas menunjukkan bahawa Koperasi KOJAMIN amat komited dalam usaha membekalkan dan mengedar produk pertanian tempatan demi memastikan keterjaminan makanan negara yang mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para petani, peladang, pembekal, petugas KOJAMIN, pelanggan pakej nutrisi dan seluruh pihak yang terlibat menjayakan Program OKK IPM Bulanan pada hari ini.

Anak muda yang sentiasa tersenyum ni, sangat bernilai tinggi. Hubungan yang beliau miliki juga bukan biasa-biasa. Nilain...
24/09/2025

Anak muda yang sentiasa tersenyum ni, sangat bernilai tinggi. Hubungan yang beliau miliki juga bukan biasa-biasa. Nilainya amat tinggi. Mahu tidak, kenalan beliau semua taukey-taukey kedai makan, restoran dan kedai-kedai runcit sekitar Lembah Kelang.

--------------

Sebagai pengedar produk makanan tempatan seperti KOJAMIN ini, hubungan yang akrab dengan peniaga kedai makan, kedai runcit dan restoran diwujudkan melalui beberapa strategi yang praktikal untuk dilaksanakan. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan komuniti mendapatkan produk segar malah mengukuhkan ekonomi tempatan.




Pihak KOJAMIN bersama-sama En Nazrin dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selango...
07/09/2025

Pihak KOJAMIN bersama-sama En Nazrin dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

Mereka sedang meninjau aktiviti pengump**an produk hasil pertanian tempatan di PPK tersebut, sambil bertukar-tukar pandangan untuk sebarang kerjasama yang boleh membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.




03/09/2025

KOJAMIN menerusi LKM (Lingkaran Keterjaminan Makanan) membantu untuk memudahkan penduduk dan masyarakat di luar bandar seperti di Bachok untuk mendapatkan hak memperolehi makanan yang cukup dan berkualiti dengan cara lebih efisien.




02/09/2025

KOJAMIN kini sudah mempunyai pembekal terus dari ladang tempatan bagi produk cili kulai. Bekalan sebanyak 1 tan cili kulai baru sahaja dituai, diproses dan siap untuk memasuki pasaran di sekitar Lembah Kelang.

Ianya adalah sebahagian daripada usaha berterusan KOJAMIN di dalam memartabatkan petani & produk tempatan.

InsyaAllah, akan ada banyak lagi hubungan-hubungan baru yang terus-menerus dijalinkan bersama-sama petani tempatan dimasa akan datang.



Address

Jamin Store Distribution Centre Gombak, Jalan TC 2A/1, Taman Cemerlang
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+601158879778

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Jaringan Muamalat Integriti Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Jaringan Muamalat Integriti Selangor:

Share