11/11/2026
Merakam detik-detik berharga sepanjang penganjuran majlis Meet & Greet bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg di Dewan Utama UCSI Hotel Kuching semalam.✨
Dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerusi Konvensyen Kepimpinan dan Pemerkasaan Pelajar Tingkatan Enam Negeri Sarawak Tahun 2026, platform ini menjadi medan pendedahan cemerlang di mana soalan-soalan kritis pelajar Tingkatan Enam disambut dengan penjelasan komprehensif dan berasaskan fakta oleh YAB Premier Sarawak.