Kotak Petak Kopi

Kotak Petak Kopi Cafe hujung minggu di Kg Keladi, Kulim Kedah
Kopi botol open for order setiap hari. Kopi diseduh segar!

 | 05112023One of the best coffee shops di Baling, dengan suasana yang nyaman berlatar belakangkan Gunung Baling yang in...
05/11/2023

| 05112023
One of the best coffee shops di Baling, dengan suasana yang nyaman berlatar belakangkan Gunung Baling yang indah lagi permai. Setelah sekian lama tak balik Baling, hari ini berpeluang juga menikmati caramel macchiato dan dark chocolate ice. Both sedap!

Cerita Cakoi aka Pak TongkoKalian lebih mengenali kuih ini dengan nama cakoi atau pak tongko?  Sejak kecil lagi daku leb...
16/07/2023

Cerita Cakoi aka Pak Tongko

Kalian lebih mengenali kuih ini dengan nama cakoi atau pak tongko? Sejak kecil lagi daku lebih mengenali kuih ini dengan nama pak tongko. Pak tongko selalu dinikmati pada waktu pagi yang akan dihidangkan bersama kuah kacang. Namun, agak s**ar untuk mencari pak tongko berkuah kacang pada masa kini. Rata-rata pengusaha kuih ini hanya menjual pak tongko yang dikenankan bersama kaya pandan sahaja.

Tahukah kalian bahawa dalam kalangan masyarakat cina, pak tongko atau juga dikenali dengan nama cakoi ini dinikmati bersama susu soya mahupun secawan kopi O. Mungkin kalian sudah lama tahu. Cuma daku sahaja yang baru tahu seminggu dua ini. Borak-borak kosong bersama rakan sekerja yang majoritinya berbangsa cina, secara tidak langsung bertukar-tukar cerita mengenai makanan tempatan. Lalu diceritakan kepadaku cara masyarakat cina menikmati cakoi yang adakalanya akan dicampur juga di dalam rojak buah. Akan tetapi, tekstur cakoi di dalam rojak buah sedikit rangup berbanding cakoi yang biasa kata mereka. Terliur p**a mendengarnya lalu memasang niat untuk merasainya suatu hari nanti. Sudahku cari dan simpan resepi cakoi versi masyarakat cina 'kononnya', namun ianya hanya mimpi dalam mimpi🤭. Tiada kesempatan untuk mencubanya lagi.

Hari ini, ternampak lori cakoi pandan di hadapan Petronas Batu Feringgi. Terus daku minta si dia berhenti untuk membeli. Diatur juga rancangan agar si dia berhenti untuk membeli air soya di tepi jalan. Malahan, si dia juga turutkan juga permintaan daku untuk menyediakan secawan kopi buat dinikmati bersama cakoi yang dibeli tadi. Mujur ada saki-baki kuah kacang sate yang boleh dijadikan kuah pencicah kuih cakoi. Bukan apa, saja nak merasai rasa cakoi apabila dinikmati dengan cara yang berbeza. Namun, dalam banyak-banyak cara itu cakoi yang dinikmati bersama kuah kacang juga yang menjadi idaman kalbu. Mungkin kerana nostalgia yang terpahat disanubari membuatkannya istimewa di dalam hati. Sungguhpun begitu, cara menikmati cakoi yang lain tetap daku boleh terima, cuma memori disebaliknya yang membuatkan cakoi kuah kacang menduduki tangga teratas😋. Bagaimana p**a dengan kalian?

.lunas | 07042023Mencari kopi buat peneman drive p**ang ke kampung halaman semalam. Setelah sekian lama tak berkunjung, ...
08/04/2023

.lunas | 07042023

Mencari kopi buat peneman drive p**ang ke kampung halaman semalam. Setelah sekian lama tak berkunjung, bila dah sampai tengok wow dah banyak berubah. Cantik kedainya. 😍 s**a la tengok.

Chocolate Muffin | 09032023Lepas weekend cafe tutup, hampir 3 bulan juga tidak berasap che oven tu. Che oven ni pun buka...
09/03/2023

Chocolate Muffin | 09032023

Lepas weekend cafe tutup, hampir 3 bulan juga tidak berasap che oven tu. Che oven ni pun bukan main lagi, hampir sebulan lama rajuknya gara-gara pintu kaca pecah berderai di saat-saat akhir kami decide untuk tutup weekend cafe. Oleh sebab itu, tiada episod akhir dalam drama Kotak Petak Kopi. Petang tadi, si sulung minta sediakan apa-apa juadah untuk sesi picnic di sekolahnya esok pagi. Layankan saja permintaan anak. Dapatlah juga menggamit memori tatkala bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk dijual di kedai kopi suatu ketika dahulu. Bahagia cara kita.

Kepada peminat kopi yang pernah mengunjungi weekend cafe kami dulu, kami doakan semoga anda semua sihat selalu.😊

.prk | 25022023Menghirup secangkir kopi,Mataku menatap si dia,Lalu ku alih ke luar jendela,Terlihat bendang luasnya terb...
27/02/2023

.prk | 25022023

Menghirup secangkir kopi,
Mataku menatap si dia,
Lalu ku alih ke luar jendela,
Terlihat bendang luasnya terbentang,
Padi berisi elok menguning,
Saujana mata memandang.
Angin bayu turut lembut menyapa p**i,
Asyik.
Terasa nyaman di dada.
Sekali sekala menikmati suasana di desa, yang serba sederhana,
Baru terasa hidup ini bermakna,
Dalam mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.

Lokasi: Kafe Padi, Perak.

Mengambil keputusan untuk menikmati kopi di dalam kereta dek kerana anak-anak aktif menolak jentolak di atas batu-batu di kafe. Jika dibiarkan, habis berlopak p**a nanti😂. Seronok sungguh suasana di Kafe Padi. Kesempatan menjejakkan kaki di sini buat kedua kalinya, hanya dapat dinikmati sekejap cuma. Mungkin boleh merancang untuk staycation di teratak sekitar Kafe Padi suatu hari nanti. Semoga terus berkembang maju buat team Kafe Padi.

Masih fasa belum move on. Setiap kali menikmati kopi di mana-mana cafe, pasti teringatkan moment-moment buka weekend caf...
24/01/2023

Masih fasa belum move on.

Setiap kali menikmati kopi di mana-mana cafe, pasti teringatkan moment-moment buka weekend cafe dulu. Pahit yang s**ar ditelan buat admin. Mata pasti meliar sana sini, cuba mencedok sedikit sebanyak idea untuk menambah baik cafe tatkala itu. Hari ini, mata masih meliar sana sini. Berimaginasi itu dan ini. Tak salah jika ingin memasang angan-angan. Berangan itukan PERCUMA 😆.

P/s: Hari ni si kakak masak nasi lemak. Aduhh! Makin terbuai-buai perasaan admin mengingatkan kisah kita yang lalu.

 , Sungai PetaniIni luar biasa. Admin terpinga-pinga tatkala diminta untuk menunggu sementara si pemilik menyediakan kop...
08/01/2023

, Sungai Petani

Ini luar biasa. Admin terpinga-pinga tatkala diminta untuk menunggu sementara si pemilik menyediakan kopi kepada pelanggannya yang sampai terlebih dahulu. Rupa-rupanya si pemilik mahu menerangkan satu per satu tentang menu yang ditawarkan di Kopi Nitro. Hasil penerangan, sedikit sebanyak admin dapat sesuatu yang lebih daripada secawan kopi. Admin cuba test power taste bud orang rumah dengan meminta si dia meneka apakah rasa kopi yang dipilih. Lebih kurang 3 hirupan kopi, si dia pun bersuara, "Ada rasa nangka dihujung-hujung air kopi". Lalu admin pun angguk tanda setuju. Admin tidak dapat merasainya tetapi mengetahui melalui penjelasan yang diberi oleh si pemilik Kopi Nitro. Kata orang rumah, kena hayati jika ingin merasai. Cewah! 😎

 , Sungai Petani. Sol buat hal, kita kena tempias p**a. Moody sakan orang rumah semalam. Hari ni kena beli jiwa. Bawa be...
07/01/2023

, Sungai Petani.

Sol buat hal, kita kena tempias p**a. Moody sakan orang rumah semalam. Hari ni kena beli jiwa. Bawa beli kain pasang buat baju raya. Buat pertama kalinya dapat singgah ke Kopi Kuih. Nasi lemak menjadi pilihan hati. Anak-anak dah rambang mata tengok kuih muih. Minat sungguh mereka dengan kuih muih tradisional. Si Yusuf dah terpesona dengan karipap yang disusun rapi di bahagian hadapan kaunter. Manakala si Idris p**a memilih untuk menikmati seri muka. Berseri-serilah mukanya terlebih gula 😅. Creamy pasta dan bubur nasi juga menjadi pilihan anak-anak. Berselera sungguh mereka. Alhamdulillah. Hot latte, chocolate ice dan peach tea pun sedap. 👍Recommended!

We appreciate having you as a customer and look forward to serving you again.Thank you. ❤
26/12/2022

We appreciate having you as a customer and look forward to serving you again.

Thank you. ❤

Terpengaruh juga.. keluar cari croissants, balik rumah buat hot chocolate habuan minum petang. Ngam p**ak dengan cuaca h...
18/12/2022

Terpengaruh juga.. keluar cari croissants, balik rumah buat hot chocolate habuan minum petang. Ngam p**ak dengan cuaca hujan renyai-renyai.

Nampak sedap tak? Tp ni bukan resepi baru cookies atau kek coklat tau. 😅Ni "coffee puck" atau hampas serbuk kopi lps dis...
13/12/2022

Nampak sedap tak? Tp ni bukan resepi baru cookies atau kek coklat tau. 😅
Ni "coffee puck" atau hampas serbuk kopi lps diseduh.

Kami selalu buat baja pokok ja. Lgpun bau kopi ni boleh halau serangga kt pokok tu jgk.

Tapi ada banyak lg kegunaan hampas kopi ni.
Ada buat scrub badan masa mandi. Ada buat cuci tgn nk bg hilang bau ikan lps masak. Ada letak dlm rak kasut nk bg hilang bau stokin. 🤭

Kalau yg singgah Kotak Petak Kopi nnti, lps minum kopi tu, kalau nak mintak coffee puck ni sikit bwk blk. Jgn malu2. Mintak ja. Kalau ada lebih kami bg free ja. 😁

Jemput semua mai breakfast esok.10 dan 11 Disember kami buka tau.❤️
09/12/2022

Jemput semua mai breakfast esok.
10 dan 11 Disember kami buka tau.
❤️

Address

Kulim
09000

Opening Hours

Saturday 08:30 - 21:00
Sunday 08:30 - 21:00

Telephone

+60175531476

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kotak Petak Kopi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kotak Petak Kopi:

Share

Category