27/06/2024
Hai Rakan Kawfee 🙋🏿♂️
Saya Shafiq dari Warkop Kawfee
Bermula pada tahun 2018 saya mula menceburi bidang seni latte. Bagi saya tanggapan pertama tersangat penting sebelum pelanggan menikmati kopi mereka. Dari situ saya mula meneroka apa itu kopi dan apa rasanya kopi.
Nama Kawfee diperkenalkan pada tahun 2021 sehingga kini. Di Kawfee saya fokuskan pada rasa kopi. Dengan membawa pelbagai pilihan biji kopi dari pemanggang kopi seluruh Malaysia dan berkongsi cerita disebalik secangkir kopi itu disajikan.
Oleh kerana minat yang mahu dikongsikan bersama komuniti setempat, saya menyertai Program Youth Academy Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh .official , . Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang industri kopi di Malaysia secara am nya.
Demi merealisasikan impian, saya memohon sokongan anda semua. Semoga impian kecil ini dapat memberi manfaat kepada komuniti kopi di Melaka dan juga Malaysia.
Jika anda mahu menjadi sebahagian dari perjalanan ini, sila tekan butang YA pada poll dibawah.
Terima kasih Rakan Kawfee 🙋🏿♂️