22/02/2025
Kos tersembunyi yang perlu diambil kira dlam perniagaan.
"Kalau kos bahan mentah 50 sen (contoh), boleh ke kita jual seringgit?".
Jawapannya TAK BOLEH.
Sebabnya ialah ada 2 perkara lagi yg belum kita masukan ke dalam harga.
Paling worst punya kefahaman ialah 'Ambil untung sikit sudah la..".
Modal 50 sen, jual pada harga RM1.00, okay dah tu, untung 50 sen.
Betul ke cara meniaga begini? Modal yg di maksudkan itu merujuk kepada kos bahan mentah saja atau dah mengira semua kos yg terlibat? Huhuu
Sebenarnya itu tak okay, tapi dia sendiri yg meng-KO-kan bisnes dia.
Kenapa p**ak?
Jom saya terangkan.
Untung yg dikatakan 50 sen tu dia nak kena pecahkan kepada 2 bahagian;
1. Kos Overhead atau kos operasi bisnes
2. Untung bersih.
Cuba bahagi j*p, lepas ke tak nih?
Katakanlah kos operasi bisnes dia SEHARI begini;
a. Duit minyak, sehari = RM20
b. Data internet & dll, sehari = RM5
c. Gaji, sehari = RM30
Jumlah = RM55
Jika sebulan dia berniaga sebanyak 26 hari, maka kos operasi bisnes dia ialah ;
➡️ RM55 x 26 = RM1,460
Ye, nampak tak ini baru kos untuk beroperasi secara soloprenuers, dia la boss dia lah kuli. Kalau ambil pembantu seorang dah kena tambah lagi RM1,000 paling kurang.
Kalau bayar gaji sehari sepuluh ringgit, bangla pun lari, mat.😅
Okay jom kita sambung kira lagi.
Jika sehari dia hanya mampu buat 200 bungkus nasi lemak sahaja, atas faktor modal pusingan yg terhad, adakah 50 sen yg di ambil tu cukup untuk menampung kos operasi harian dia?
➡️ 200 bungkus sehari x 50 sen untung= RM100
Kos operasi harian yg kita kira tadi ialah RM55, maka apabila kita kos ini ditolak daripada untung kasar harian ;
➡️ RM100 - RM55 = RM45 sehari
Fuhh lega katanya, masih ada untung 'bersih' RM45 sehari, kalau sebulan berniaga (26 hari), maka;
➡️ RM45 x 26 hari = RM1,170 (A)
Alhamduliilah, katanya. Tapi betul ke kefahaman yg begini??
Jawapannya SALAH, yg dia kata untung tu bukan 'bersih' pun.
Ada satu kos yg ramai orang terlupa nak kira sedangkan kos tersebut bukanlah sesuatu yg tersembunyi. Dia sendiri yg terlibat tapi masih tak perasan.
Apakah kos yg tak tersembunyi tersebut ye?
Bila kita menjual produk yg melibatkan pembuatan, maka segala kos yg terlibat semasa penghasilan produk mesti dikira dengan teliti. Ini di panggil Food Cost atau kos untuk menghasilkan makanan tersebut.
Contohnya kos utiliti untuk memasak seperti api, air dan gas. Kos upah tukang masa, kos bahan terbuang (wasted cost), kos penyimpanan bahan mentah (storage cost), kos baikpulih dan sebagainya.
Sikit ke banyak kos yg dia BELUM kira?
Banyak sangat dan ini bukan kos yg tersembunyi, okay. Dia duk guna gas untuk memasak setiap hari dan tong gas yg bapakk besar & berat berwarna merah terang ada di tepi dapur pun dia tak nampak ke.
Naya meniaga macam nih..
Yg kita kira dari awal tadi ialah kos operasi untuk berjualan, contohnya duit minyak, gaji dan semua yg berkaitan.
Bukan ke tak sama?
Ehh, mana sama. Operasi menjual dilakukan di gerai dan operasi menghasilkan produk dilakukan di tempat lain, di rumah contohnya.
Sekarang dah faham ke... benda sekecil nasi lemak pun ada 2 kos yg mesti dimasukan ke dalam harga jualan nasi lemak tersebut.
Berapakah 'anggaran' kos tersebut? 😅
Saya tulis anggaran okay, sebab saya pun tak ada data sebenar. Bisnes saya printing, mana reti bab masak memasak nih.. tapi cara pengiraan kos, bisnes apa pun, hampir sama sahaja.
Jom kita buat anggaran j*p.
a. Kos utiliti, sehari = RM10
b. Kos bahan terbuang, sehari = RM2
c.Kos penyimpanan bahan mentah, sehari = RM3
d. Kos upah memasak, sehari = RM30
Jumlah keseluruhan kos = RM45
Maka, untuk beroperasi selama sebulan, kos operasi pembuatan atau food cost ialah;
➡️ RM45 x 26 hari = RM1,170 (B)
Nampak tak kos yg dia tak kira tu bukan sikit? Entah lepas ke tak dengan baki yg tinggal.
Cukup ke tak nih;
A - B
= RM1,170 - RM1,170
= RM0
Mana perginya untung yg dia kira awal tadi ehh?
Bukan kata untung bang, silap haribulan kalau kos terlajak sikit je boleh RUGI terus. Itu saya kira secara anggaran saja ye, kalau kira betul² mau LEBOHH, kata orang Perak.😅
Sekarang dah faham ke, kenapa ada orang yg dia meniaga duit hari² masuk tapi untung 'Taktau Pi Mana' atau 'Awat tak nampak duit taktau", dan sebagainya.
Nampak tak kat mana silap kita selama ni?
Ye, kita tak belajar teknikal bisnes yg paling penting, lebih penting dari kelas motivasi, okay.
Dan... ada orang yg berniaga bertahun lamanya tapi masih tak boleh nak berkembang. Orang lain dari satu gerai jadi 3 gerai dan akhirnya jadi sebuah kedai makan yg lebih besar dan lebih selesa untuk pelanggan.
So, sebenarnya dia kena jual berapa ye??
Ni yg paling penting, sembang punya kencang, kata orang tak betoi la, itu ini tapj bila kita tanya sifo tu balik, dia p**ak tak boleh jawab. 😅, contoh... hihii
Okay jom saya guide, senang saja bang.
Saya senaraikan semua kiraan yg kita dah buat di atas supaya nampak lebih jelas, begini;
a. Maksimum production = 200 bungkus
b. Kos bahan mentah, sebungkus = 50 sen
c. Kos operasi bisnes, sehari :
RM55/200 bungkus = 28 sen
d. Kos operasi pembuatan, sehari;
RM45/200 bungkus = 23 sen
Sekarang kita cuba campur kos c & d, jadi berapa?
c + d
= 28 sen + 23 sen
= 51 sen
Okay dah selesai ke nih?
Belum lagi, ini baru kos. Kalau kita campur semua kita akan dapat satu nilai begini
Kos bahan mentah + kos operasi (bisnes & pembuatan)
= 50 sen + 51 sen
= RM1.01
Cuba bayangkan kalau dia jual pada harga RM1.00, nak untung celah mana bang? Huhuu
Modal RM1.01 jual RM1.00, mana boleh sebab kita tak ambil apa² untung lagi.
Jadi kalau nak berniaga yg ada untung dan boleh dikembangkan, kita nak kena jual berapa ekk?
Kita boleh jual sama ada ;
1. RM1.50 atau
2. RM2.00
Nasi lemak yg saya pegang tu dijual pada harga yg kedua, RM2.00. Memang dia ada untung la berbanding dengan yg main bedal jual pada harga 'untung sikit sudah la' RM1.00.
Dah habis ke? Ada lagi sikit, ni extra untuk yg serious nak berniaga ye..😅
Jom kita kira untung bersih p**ak;
a. Harga jual, sebungkus = RM2.00
b. Kos, sebungkus = RM1.01
Untung bersih
= Jualan - kos
= RM2.00 - RM1.01
= RM0.99
Okay, yg untung bersih 99 sen ni kita 'sapu' semua atau kita nak kena simpan ke macam mana?
Nak kira 99 sen memang tak nampak, jom kita kira untuk sebulan, dan again ini anggaran ye.
a. Jualan sehari = 200 bungkus
b. Sebulan beroperasi = 26 hari
c. Untung bersih, sebungkus = 99 sen
Maka;
200 bungkus x 26 hari x 99 sen
= RM5,148
Fuhh, padu.. mungkin ada yg ingat macam tu. Tapi cara mengurus bisnes yg betul ialah kita TAK 'sapu' semua duit untung bersih tu, okay.
Ingat ya, kita berniaga bukan sebagai hobi, tapi kita nak kembangkan bisnes bila sampai masanya.
So nak bahagi macam mana p**ak dah..
Senang ja, kita perlu pecahkan kepada 3 bahagian;
1. Simpanan kecemasan
2. Tambahan modal pusingan
3. Reward
Banyak mana nak ambil nihh?
Simpanan kecemasan 50%
= RM5,148 x 0.5
= RM2,574
Tambahan modal pusingan 25%
= RM5,148 x 0.25
= RM1,287
Yg terakhir, untuk reward 25%
= RM5,148 x 0.25
= RM1,287
Boleh faham ke setakat ni...
Jangan salah faham, ni kiraan untuk bersih, semua kos bahan mentah dan overhead yg termasuk gaji, bil utiliti apa semua tu kita dah settle, okay.
Untuk sebulan kita ada RM1,287 utk reward di sendiri, rasanya lebih dari cukup untuk bisnes yg kecil dan jangan lupa duit gaji kita pun dah dikira dalam overhead. Ini macam bonus untuk membeli apa saja yg rasa perlu.
Nak tukar tayar kereta yg dah botak sampai terkeluar benang tuh, boleh la ambil kat sini. Sikit pun tak usik duit modal pusingan ye.
Duit untuk buat marketing nak ambil dari mana bang?
Ohh, yg ni kita ambil dari yg no. 2, tambahan kepada modal pusingan. Bukan ke ada RM1,287 jugak, boleh lah ambil RM500 untuk buat iklan berbayor, kata orang Perak.
Yg no.1, simpanan kecemasan p**a untuk apa?
Kumpul setahun, lepas tu bayar down payment Vellfire ke?
Hmmm.. ramai saja yg buat begini, itu yg kena FIRED dari pasaran. 😅
Duit ni namanya pun simpanan kecemasan, maka ia hanya di ambil bila betul² perlu sahaja. Contohnya khemah niaga rosak akibat kena hujan ribut, kita ambil la dari sini supaya boleh berniaga macam biasa.
Kereta cari makan tiba kena langgor dengan lori tayar 18, total loss. Boleh la guna duit ni untuk beli kereta second hand untuk berniaga, bukan untuk bergaya okay.
Angkat 4 x 4 second hand dah ler, yg pi angkat Raptor sape suruh ye, memang pasti akan menggangu cash flow bisnes yg baru nak stabil.
Bila kita praktik macam ni baru lah kita tak kacau duit modal pusingan untuk beli bahan mentah atau kita tak 'rembat' duit kos overhead sampai nak bayar gaji pejerja pun tak lepas.
Again, ini anggaran sahaja, sila sesuaikan dengan bisnes masing² ye. Ni untuk dijadikan panduan sahaja.
Dan ini juga sales projection, tak semestinya dapat macam yg kita kira. Jangan buat² tak faham tujuan kita buat projection ialah untuk fikirkan cara nak buat marketiing supaya capai target sales.
Kalau tak ada angka sasaran, macam mana nak buat kerja, tak gitu.
Simple as that.☝️