Warung Seri Pagi

Warung Seri Pagi Ringkas Murah Sedap

07/10/2025

Bila naik isu boikot, satu hujah yang saya selalu dengar adalah boikot menjatuhkan ekonomi umat Islam. Syarikat yang diboikot itu bayar zakat.

== Ini hujah balas saya ==

Orang kita kekal bebelanja, tiada orang yang boikot dan terus tak keluar makan. Mereka hanya tukar dari belanja makan di kedai yang bayar royalti luar kepada belanja makan ke kedai tempatan.

Jadi ekonomi jalan je, cuma transition lebih ke produk tempatan atau yang tidak berkaitan negara boikot.

Habis tu zakat? Haa.. Kita boleh gi je website zakat negeri di Malaysia. Kebanyakan jumlah kutipan zakat lebih tinggi dari tahun sebelum. Sebab bukan syarikat gergasi je bayar zakat, syarikat local kita pun bayar zakat, kita transition tempat berbelanja yang tidak bayar royalti ke luar sahaja.

Ya saya tahu saya takkan dapat boikot semua, contoh Facebook, kalau saya boikot Facebook, macam mana nak share education content.

Saya just boleh elakkan bayar Facebook sahaja. Saya tak bayar ads walaupun ada syarikat minta saya boost video yang diorang sponsor. Saya kata saya hanya buat video dengan organic views tanpa ads.

Ni saya punya akaun dapat blue tick pun free, Facebook yang bagi, saya takde plan nak bayar pun. Lepas ni kalau dia tarik balik, saya tak peduli.

Mana boleh je lah saya boikot. Contoh dalam komputer kita ada wifi module dari Intel, nak buat camna.. Kalau buang, laptop tokleh ada internet.

== Satu lagi ==

Ada orang kata m***i tak buat fatwa boikot, jadi buat apa boikot. Hmm..

Banyak benda mudarat yang m***i tak buat fatwa.. Contohnya takde fatwa haram makan gula berlebihan walaupun semua tahu itu memudaratkan. Banyak sangat penyakit dari gula, tapi tak dipandang serius.

Ada banyak saya boleh bagi contoh mudarat yang tiada difatwakan tapi kita boleh fikir sendiri dan buat tindakan.

Itu sahaja. Saya jarang post begini tapi saya tak tau nak buat apa dengan puak sana tu. Kang saya over, akaun berisiko kena tindakan, dah susah saya nak buat content education. Adey.

Ingin ku lari dari yang payah,
Bercita hidup aman gembira,
Nak dilawan, sini kan bersusah,
Nak dibiar, sana kan merana.

02/10/2025

7724 likes, 188 comments. “QR di bio teruskan menderma.”

25/04/2025
15/09/2024

Salam Maulidur Rasul ❤️

28/05/2024
28/03/2024

Address

Susur Umbai , Lebuh AMJ
Malacca City
75460

Opening Hours

Monday 07:00 - 11:00
Tuesday 07:00 - 11:00
Wednesday 07:00 - 11:00
Thursday 07:00 - 11:00
Saturday 07:00 - 11:00
Sunday 07:00 - 11:00

Telephone

0123406372

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warung Seri Pagi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Warung Seri Pagi:

Share

Category