06/05/2023
Part 2.
Kami menutup operasi di Bazar Dmara atas beberapa faktor, antaranya:-
1. Masalah pekerja
2. Faktor kesihatan
3. Lokasi kedai.
Tahun 2022 adalah tahun yg sgt menguji kami. Dlm mendapatkan pekerja tetap mahir dan separuh mahir sgt susah. Tak lupa, semasa pandemik ramai memerlukan kerja namun kedai kami tidak beroperasi. Kami terpaksa menolak permohonan kerja, tetapi sebaliknya berlaku selepas Pra-Endemik di mana kesemua sektor perniagaan kembali dibuka.
Pelbagai usaha dilakukan dlm mencari pekerja, namun gagal. Dgn penetapan gaji minimum RM1500 sedikit sebanyak memberi kesan kpd kami sektor kecil, pendapatan kami tidak mampu memenuhi kehendak semasa pemohon kerja.
Dlm tahun 2022 jgk, rezeki Allah swt turun kpd kami. Selepas 6 tahun penantian zuriat, Allah swt makbulkan doa kami. Disebabkan faktor kesihatan isteri, kami terpaksa berulang ke hospital dan agk sedikit mengganggu operasi cafe.
Faktor lokasi jgk agk memberi tekanan kpd kami, rungutan demi rungutan pelanggan terpaksa kami hadap. Dgn kemudahan infra yg agak teruk, disampung lokasi kedai atas bukit. Kami sedikit terhalang oleh pandangan mata pelanggan yg melalui jalan utama hadapan kedai.
Dlm masa 6 tahun, kami terpaksa mengeluarkan kos utk Marketing yg sgt tinggi utk menarik pelanggan dtg ke cafe kami. Tetapi rungutan kedai yg perlu menaiki tangga, warga emas agk terkesan utk mencapai ke cafe kami.
Terima kasih buat semua pelanggan kami yg tidak putus support kami di Rodongs Cafe.
Next part, teruskan bersama kami 😆