Lempeng PEKAK Kambing Semalam

Lempeng PEKAK Kambing Semalam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lempeng PEKAK Kambing Semalam, Breakfast & brunch restaurant, Berhadapan Petronas Bakri Batu 6, Muar.

10/07/2023
01/11/2022

Ada yang rindu Tok'Pin ke? Admin bagi Tok'Pin rehat dari Facebook dulu. Mulai hari ni Admin ambil alih dulu tugas Tok'Pin sebagai pengemudi page LPKS.
Admin nak tanya ni ada yang rindu ke Lempeng PEKAK cicah Kari Kambing Semalam?

01/11/2022

Nantikan kemunculan semula kami!

01/11/2022

Assalamualaikum

DAULAT TUANKU.SELAMAT HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.ALLAH PELIHARAKAN SULTAN.
22/11/2021

DAULAT TUANKU.
SELAMAT HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN.

Kenangan Semalam terindah..
11/11/2021

Kenangan Semalam terindah..

Salam Subuh

Tok Pin masih terkenang kenang keberangkatan mencemar duli Tuanku Sultan Johore ke warung kecil Lempeng Pekak Kambing Semalam.
Kesah ini bagai kesah 1001. malam yang seperti tiada akhir.

Tidak terkata betapa syukur kepada Ilahi,lantaran mempertemukan Insan teragung di Negeri Johore.

Tuanku Sultan sangat baik,mesra,pendengar yang setia bila kita berkata kata,simple dan ceria serta penuh dengan ilmu dan tidak lokek idea.

Tok Pin akan jadikan page Lempeng Pekak Kambing semalam ini sebagai medium untuk berkongsi dengan rakyat Johor khasnya dan netizen untuk bercerita tentang pengalaman manis.

Bukan mudah serta melanggar protokol bila DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI SULTAN ISKANDAR berkenan menandatangani plak kenangan namun rezeki Allah,Tuanku telah memperkenankan mohon sembah Tok Pin agar Tuanku sign plak yang Tok Pin sediakan.
Dengan penuh yakin Tok Pin beritahu Tuanku,"Tuanku patik ada satu hajat lagi,agar dapatlah kiranya Tuanku tandatangan ini untuk tatapan anak cucu Tok Pin dirumah"Syukur Tuanku setuju dan Tok pin lihat Tuanku ikhlas menandatangan.Seperkara yang paling sporting Tuanku turut perkenan bila Tok pin minta Tuanku
Tulis nama Tok Pin diplak berkenaan sambil melihat nama Tok Pin di baju.

Junjung kasih dan jutaan terimakasih Tuanku.

Allah Peliharakan sultan.

Sebelumnya Tok Pin mohon maaf kerana lama sudah tidak posting.BUAT masa ini Lempeng PEKAK.Kambing semalam telah menutup ...
16/10/2021

Sebelumnya Tok Pin mohon maaf kerana lama sudah tidak posting.

BUAT masa ini Lempeng PEKAK.Kambing semalam telah menutup operasi di Bakri Batu 6,Muar Maaf kekangan PKP telah memberi pelbagai dugaan kepada ramai orang termasuk Lempeng PEKAK Kambing Semalam.

Sejujurnya musim PKP berjualan bungkus, tapau, take away atau apa saja sebutan sama erti dengannya tidak menjanjikan pulangan lumayan.Akhirnya kekadang owner kedai terpaksa bungkus niaga akibat ketidakupayaan menanggung kos. Ini adalah realiti dan kepada yang tidak terkesan bersyukur lah.

Perkara biasa bila kita duduk di negara Malaysia berbagai versi kita dengar apabila kita menutup niaga. Biasalah... namun Tok Pin abaikan..
pasal ramai BIJAK pandai yang boleh mengeluarkan pendapat masing masing.

Kini Lempeng PEKAK Kambing Semalam akan menjalankan operasi di tempat baru. Tanah famili yang tidak perlu sewa. Di sini konsep tetap sama. Army concept dan Tok Pin hanya buat warung kecil sahaja namun muatlah kalu pelanggan datang 100 orang dalam satu masa dan boleh juga menampung parkir kereta dan motorsikal dalam bilangan besar.

MENU disini pun akan BERTAMBAH, ADA Western food, ada roti canai sarang burung, ada shellout. Menu baru ini Tok Pin bercadang hendak sewakan sahaja kepada kekawan, KONGSI rezeki semuga akan viral juga seperti lempeng pekak.

Kepada sesiapa yang berminat pm Tok Pin. Tok Pin terima sesiapa sahaja yang berminat namun Tok Pin utamakan peniaga yang gila gila serta berkreativiti sesuai dengan konsep niaga dan design Warung Lempeng PEKAK Kambing Semalam.

Semuga awal tahun 2022, harapan membangunkan Lempeng PEKAK. kambing semalam akan menjadi kenyataan. Insyallah

Address

Berhadapan Petronas Bakri Batu 6
Muar
84200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+60183665108

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lempeng PEKAK Kambing Semalam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share