20/08/2017
Kalau melawat ke Muo, jangan lupa singgah di kedai kami..
Kat Muo boleh dikatakan mempunyai tempat makan yg menarik dan terkenal
Ni Antara kedai makan yg terkenal di Muo... yg mana korg penah pegi ? Admin dah pegi semuanya
1. Muar Kopi 434 Cafe
Kopi yang terbaik dari ladang, kepekatan dan aroma yang sungguh memikat.
Alamat di Jalan Maharani (berdekatan dgn stesen bas)
2. R&H Sate Maharani, Muar
Satu keunikkan di Muar adalah sate sebagai hidangan sarapan pagi. Jangan lupa mencuba roti telor goyang dan tauhu lentok.
Alamat di Jalan Temenggong Ahmad, 26/1 Taman Sri Temenggong (lokasi baru)
3. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Antara mee bandung yang terkenal di Muar.
Alamat di Jalan Abdullah, Muo
4. Asam Pedas Pak Yahya Parit Jawa Kalau makan di sini, kuah asam pedas siap dihirup macam sup.
Alamat di No 1, Medan Asam Pedas, MPM, Muo
5. Murtabak Singapura JD
Murtabak yang besar tebal penuh dengan daging. Menu minum petang.
Lokasi Batu 1, Tanjung Agas, Tangkak (bukan daerah Muo)
6. Wak Jos Ikan Bakar, Sabak Awor Muar Hidangan makan malam, sedap dan murah.
Lokasi di Jalan cahaya, sabak awok, Muo
*sila share