22/03/2015
1. BERAS BASMATI PUSA 1121 PARBOILED sesuai digunakan untuk masakan nasi arab, nasi minyak, nasi briyani, nasi dagang, nasi lemak dan lain-lain nasi termasuk di makan seperti nasi putih biasa.
2. Beras Basmati hanya berkesan ditanam di kawasan sekitar Himalaya seperti Haryana, Jammu & Kashmir, Himanchal Pradesh, Punjab, Delhi, Uttarakhand dan barat Uttar Pradesh. Oleh itu tidak sesuai ditanam di Asia Tenggara dan lain-lain tempat.
3.Terdapat berjenis-jenis beras basmati di pasaran yang dipasarkan oleh negara India dan Pakistan sejak tahun 1980an. Salah satu daripada jenis basmati ialah beras PUSA BASMATI yang mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1989. Kemudiannya PUSA BASMATI 1121 p**a diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2003. Kini PUSA BASMATI 1121 adalah beras basmati yang terunggul di dalam rangkaian beras basmati.
4. Kedua-dua jenis Pusa Basmati ini p**a mempunyai jenis-jenis seperti berikut:
PUSA:
PUSA BASMATI RICE RAW
PUSA BASMATI RICE STEAM
PUSA BASMATI PARBOILED WHITE/CREAM
PUSA BASMATI PARBOILED GOLD
PUSA 1121:
PUSA 1121 BASMATI RAW
PUSA 1121 BASMATI RICE STEAM
PUSA 1121 BASMATI PARBOILED WHITE/CREAM
PUSA 1121 BASMATI PARBOILED GOLD
5. Beza antara Pusa Basmati dan Pusa 1121 Basmati adalah dari segi kepanjangan beras dan aroma beras. Pusa Basmati mempunyai kepanjangan 7.45 sehingga 7.55mm dan lebih kurang aromanya daripada beras basmati tradisonal. Manakala Pusa 1121 Basmati panjangnya menjangkau sehingga 9.55mm dan aromanya wangi seperti beras basmati tradisional.
6. Oleh kerana permintaan tinggi dunia terhadap beras Basmati jenis PUSA 1121 maka 70% daripada kawasan penanaman beras basmati di Punjab (Pakistan) dan Haryana (India) kini ditanam dengan beras jenis ini.
7. Ketahuilah hanya beras Basmati PUSA 1121 Parboiled yang memberikan hasil terbaik setelah di masak. Jika nasi yang anda makan di restoran-restoran nasi Arab dan pada majlis-majlis tidak begitu panjang dan terbentuk cantik besar kemungkinan beras yang digunakan bukan beras PUSA 1121. Mungkin hanya beras basmati biasa.
8. Antara kelebihan beras yang telah di masak terlebih dahulu (parboiled) : i. Sangat bersih, ii. Tidak patah-patah semasa diproses, iii. Sangat cantik bentuknya, iv. Tidak patah-patah semasa dimasak, v. Semakin memanjang apabila dimasak, vi. Dan yang paling penting, khasiatnya 80% bersamaan dengan beras coklat (brown rice)
9. Antara rahsia mengapa ramai peniaga memilih Beras Basmati PUSA 1121 Parboiled - ia memberikan jumlah hidangan 30%-40% lebih daripada beras basmati biasa dan beras putih. Oleh itu jika ada seorang peniaga seperti katerer beras ini begitu menjimatkan! Beras biasa cuma dapat menghidangkan sehingga 10 orang untuk sekilo beras. Beras Basmati PUSA 1121 PARBOILED sehingga 16-20 orang! Fakta ini di sahkan oleh ramai katerer yang menjadi pelanggan kami.