31/03/2026
SALAM SEMUA🥰
Kepada semua pelanggan yang dihormati,
Dukacita dan dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa kedai kami akan dibuka buat kali terakhir pada hari Selasa, 15 April 2026, dan selepas itu kami akan menutup operasi secara rasmi. Pihak kami dengan berat hati ingin menyatakan bahawa keputusan yang berat ini dibuat selepas mengambil kira segala faktor yang tidak dapat dielakkan.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami selama ini, dan kami amat berharap serta mengalu-alukan anda untuk datang dan menyokong kami buat kali terakhir sebelum Let's Juice Dessert Cafe ditutup.
(Terutama kepada customer yang ada Membership perlu menghabiskan baki sebelum tarikh penutupan)
Sekali lagi, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang telah menyokong Let's Juice Dessert Cafe sepanjang perjalanan ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali... Sekian...