06/07/2025
LELAKI BERKOPIAH & AIS KOSONG
=======================
Matahari mula memancarkan sinarnya.
bahangnya hangat membasahkan keringat,
Dada langit terbentang indah, kicauan burung berlagu ria
Dari celahan suara pelanggan dan bunyi motosikal yang lalu-lalang, telingaku menangkap satu bunyi yang dah lama aku kenal…
“Krengg… krengg…”
Bunyi loceng basikal tua.
Perlahan-lahan muncul sosok tubuh dari arah selekoh. Lelaki berkemeja longgar, seluar hitam yang sedikit lusuh, dan berkopiah putih bersih.
Dia menolak basikalnya dengan satu tangan. Sebelah lagi… kekal di dada.
Langkahnya senget sedikit, tapi dia tetap tenang. Senyum — senyum yang aku tunggu-tunggu.
Bila sampai di kedai, dia parkir basikalnya di penjuru meja hujung.
Meja yang selalu ‘kosong’ tapi aku tahu… sebenarnya sudah ‘bertuan’.
Dia duduk perlahan. Pandang sekeliling. Dan seperti biasa, pesannya tetap sama:
“Ais kosong… satu.”
Itulah pesanannya.
Tiada lebih. Hanya ais kosong.
Buat pembasah tekak.
Pernah sekali aku hulurkan makanan — nasi lemak dan kuih — tapi dia menolak. Dengan cara paling sopan. Tak banyak cakap, tak tunjuk kesian.
Aku hanya mampu kagum…
Dengan pesona diamnya.
Tidak meminta. Hanya ambil sekadar perlu.
Ais kosong di waktu bahang matahari, bagi dia itu sudah memadai.
Sebagai penyejuk tubuh yang letih menempuh hari.
Bos aku pernah pesan:
“Kalau dia datang, bagi saja.
Kita pun banyak dosa… mana tahu itu asbab Allah bersihkan rezeki kita.”
Dan sejak itu — aku mula perasan satu perkara pelik… tapi semakin aku yakin, ia bukan kebetulan.
Setiap kali abang berkopiah itu datang, pasti ada sesuatu berlaku.
🍛 Pelanggan mula datang bertali arus.
📦 Ada yang tempah untuk COD.
🧃 Air habis sebelum waktu zohor.
🥘 Kadang semua lauk habis awal — dalam satu tengahari yang biasa.
Lelaki itu… hadir sekejap saja. Tapi rahmat yang mengikutinya kekal sepanjang hari.
Hari ini… aku pandang sepi meja itu.
Kosong.
Tiada bunyi loceng. Tiada basikal. Tiada senyuman.
Tiada tangan kanan yang terletak di dada.
Kosong.
Seperti gelas yang biasa dia tinggalkan —
tapi cukup untuk buat hati aku penuh dengan rasa syukur.
Kalau abang sedang baca atau mendengar dari kejauhan, ketahuilah…
Meja itu masih milikmu.
Segelas ais kosong masih tersedia.
Dan kami… masih menunggu.
📍 Cafe Yami Yami, Taman Saujana Pontian
Kami bukan sekadar jual makanan.
Kami buka ruang untuk semua —
dengan senyuman, dengan hormat… dan dengan doa.
Kerana kami percaya,
Rezeki tak pernah silap jalan.
Kadang ia datang —
dalam bentuk seorang lelaki,
yang cuma pesan: "ais kosong, satu."