Dapur bonda

Dapur bonda menu makanan terbaik dari ibu ibu

24/11/2021

Assalamualaikum selamat pagi sahabat bonda semua

RESEPI CUCUR UDANG KUAH KACANGCUCUR UDANG PEDAS RANGUP2 cawan tepung gandum½ cawan tepung ubi2 ½   cawan air suam1 biji ...
20/11/2021

RESEPI CUCUR UDANG KUAH KACANG

CUCUR UDANG PEDAS RANGUP
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
2 ½ cawan air suam
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu gula
1 sudu the serbuk kunyit
1/2 bawang besar hiris
5 pokok kucai - hiris
1 genggam taugeh
1/2 cawan udang putih kecik
minyak

1. Bancuh tepung dengan garam,gula,telur dan masukkan air sikit demi sikit hingga dapat adunan pekat
2. Tambah taugeh dan kucai serta udang
3. Biarkan 10 minit supaya biji-biji tepung mengembang dan akan melebutkan tepung
4. Panaskan minyak dan jemputlah adunn dan masukkan dalam minyak panas
5. Goreng hingg garing

6. JIka nakkan cucur udang garing sendukkan adunan dan tuang ditepi kuali seperti proses buat rempeyek

SELAMAT MENCUBA

SAMBAL UDANG PETAIMasa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:20 minit, Jumlah Hidangan:5 orangResepi Oleh: Che' NomResepi S...
19/11/2021

SAMBAL UDANG PETAI

Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:20 minit, Jumlah Hidangan:5 orang
Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Sambal Tumis Udang dan Petai, hidangan yang cukup membuka selera terutamanya buat penggemar ulam petai. Walaupun petai mempunyai bau yang kurang menyenangkan, tapi rasanya sedap dan mempunyai khasiat yang sangat tinggi seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, anemia (kerana kandungan vitamin B6 yang tinggi di dalam petai) dapat membantu stimulasi darah merah dan juga beberapa khasiat lain.

Kombinasi udang dan petai juga sangat terbaik. Kunci utama untuk sambal yang sedap ialah sambal harus dimasak di dalam miyak yang banyak dan harus ditumis sehingga pecah minyak.

Bahan-Bahan:
500 gram udang
1 mangkuk ulas petai
1 batang serai, dititik atau ketuk
1 mangkuk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 sudu air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk kisar halus:
15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara Penyediaan:
Buang kulit dan bersihkan udang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak.
Jika sambal agak kering, tambahkan sedikit air dan kacau sehingga sambal betul-betul masak.
Masukkan air asam jawa dan sos tiram kemudian diikuti serai, udang, petai dan bawang besar.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Tips:
Udang jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras, kecut dan tidak sedap. Memadai dengan hanya kacau beberapa minit di dalam sambal dan apabila isinya sudah bertukar menjadi merah, tutup api.

Tips:
Udang jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras, kecut dan tidak sedap. Memadai dengan hanya kacau beberapa minit di dalam sambal dan apabila isinya sudah bertukar menjadi merah, tutup api.

CUCUR IKAN BILISBAHAN-BAHAN• 3 cawan tepung gandum• 1 labu bawang besar (dadu)• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau t...
18/11/2021

CUCUR IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika s**a)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.

TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang s**a.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Resipi oleh Alia Umaira & Zuridah Zu

PETUA SIMPAN SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMABAHAN-BAHAN:Santan kotakPlastik aiskrimCARA PENYEDIAAN:1. Masukkan santan ke ...
17/11/2021

PETUA SIMPAN SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN:
Santan kotak
Plastik aiskrim

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan santan ke dalam plastik aiskrim ikut s**atan untuk sekali pakai bila masak. Santan jenama ini pekat, jadi bungkus sedikit-sedikit pun sudah cukup jika masak dalam kuantiti sedikit.

2. Bila sudah masukkan santan ke dalam plastrik aiskrim, ikat plastik dan terus masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Jangan letak dalam peti sejuk beku (freezer). Letak dekat peti bawah sahaja.

3. Bila nak digunakan untuk masak, ambil dan gunakan dalam masakan seperti biasa.
4. Pastikan anda meletakkan label tarikh luput pada plastik santan untuk rujukan jangka hayatnya.

Kredit resipi & foto: Nelisa Sofea

Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:1o minit, Jumlah Hidangan:5 orangResepi Oleh: Che' NomResepi Udang Galah Masak L...
17/11/2021

Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:1o minit, Jumlah Hidangan:5 orang
Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api yang memang sangat sedap dan membuka selera. Jika ada udang galah yang segar, boleh lah cuba masakan ini. Bagi Che Nom, masak lemak cili api yang sedap terletak kepada dua kunci utama iaitu seafood yang segar dan penggunaan daun kunyit yang segar dalam kuahnya. Aroma dari daun kunyit sungguh harum dan menyelerakan.

Cara penyediaan tidaklah susah sangat, cuma seperti yang disebutkan di atas tadi, penggunaan bahan-bahan yang segar amatlah penting. Ada resepi masak lemak cili api yang langsung tidak menggunakan bawang di dalam kuahnya, tetapi versi ini bonda memang gunakan bawang dalam resepi ini. Kalau tak s**a kacang panjang boleh juga digantikan dengan nenas atau belimbing buluh. Anda boleh cuba dan diharap berpuas hati dengan hasilnya.

16/11/2021

𝗞𝗨𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗨𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗧𝗠𝗘𝗖 𝗩𝗜𝗧𝗔𝗠𝗜𝗡 𝗖 + 𝗕𝗜𝗢𝗧𝗜𝗡

Tubuh kita nie, kena jugak ambil supplement untuk kuatkan ketahanan badan kita.. Tambah2 musim nie. Betul ka ❓❓Orang yang dah besa kena penyakit Covid-19, Selepas SEMBUH.. TEMPOH 6 bulan dari dia sihat tu dia akan mudah untuk kena balik kalau dia tak Jaga2.. Sebab sistem imunisasi dia lemah... kawan asben kena covid19 sekarang dah sihat. Tp dia cakap bila jalan lama2 dia cepat mengah letihhh..Mungkin KESAN dari serangan penyakit covid19 tu kan... jom la kita semua pakat2 ambil supplement yang boleh kuatkan imunisasi tubuh badan anak2 kita dan. keluarga kita..

LetMeC 60biji/R_M50sebotol

Untuk tempahan boleh terus tekan link di bawah

https://wa.link/ideav8
https://wa.link/ideav8

Address

Puchong
47100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur bonda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dapur bonda:

Share