31/08/2021
SERABEI CAFE 2013-2018.
Hari ini hari terakhir Serabei Cafe beroperasi. Besok kami akan menutup perniagaan mungkin buat selamanya selepas 8 tahun beroperasi. Satu tempoh yg agak panjang bagi perniagaan yg pada asalnya hanyalah utk memperkenalkan satu konsep baru bagi masakan tradisional dalam persekitaran yg moden di kompleks Ayer @8 Putrajaya.
Konsep ini kami olah dari 15 tahun pemerhatian semasa berada di luar negara khususnya di Germany di mana makanan tradisional tempatan dipersembahkan secara moden.
Diharap percubaan ini telah berjaya memperkenalkan makanan tradisional yg hampir pupus khususnya dari Pantai Timur seperti kuih serabai, lompat tikam, laksam, butir nangka dll kepada khalayak samada kepada pelanggan2 dan warganet.
Keputusan berat ini kami ambil selepas pemergian Anakanda Farhat memandangkan perniagaan ini adalah milik bersama arwah dan Ibu saudaranya Warda.
Sejak ketiadaan arwah Serabei Cafe tidak lagi seindah dulu. Tiada lagi tangan2 yg membantu memperkenalkan idea baru bagi menarik perhatian pelanggan melalui media sosial. Bakat arwah dalam seni kreatif telah membantu memperkenalkan Serabei kpd netizen dgn agak berkesan sehingga perniagaan ini dapat bertahan selama 8 tahun.
Sejak pemergian anakanda Farhat lbh 4 bulan lalu saya dan suami tidak lagi ke Serabei Cafe kecuali sejak akhir2 ini itupun hanya selama 1 jam, selepas solat maghrib sehingga habis waktu perniagaan jam 9 malam. Ini kerana kami tidak dapat menahan sebak tiap kali berada di situ apabila terbayangkan arwah yg sering di kaunter semasa arwah masih hidup.
Lagipun setiap yg ada di cafe ini terkait dgn arwah samada dari segi reka cipta dalaman cafe, buku menu, susun atur meja, signage dan sebagainya. Amat pilu sekali apabila kami teringatkan arwah setiap kali kami berkunjung ke cafe ini dan terpandang ciptaan- ciptaannya.
Kami masih menyimpan hasrat utk meneruskan legasi perniagaan arwah namun biarlah segalanya tenang dan reda dahulu dan bukan lagi di Ayer@8 yang menyimpan banyak s**a duka. Mungkin juga di tempat kelahiran arwah di Kuala Terengganu.
Walau apapun, Serabei Cafe tetap ada jasanya tersendiri yg akan tersimpan pada tugu hati. Bukan saja kpd kami sekeluarga tetapi juga kepada pekerja2 kami yg berjumlah hampir 100 orang sekiranya dikumpul kesemuanya dari berbagai warganegara.
Rata2 pekerja kami adalah dari keluarga miskin yang mana pendapatan diperolehi adalah utk menyara keluarga di kampung. Ada yang berjaya mengumpul pendapatan bulanan utk menunaikan umrah, membina rumah keluarga di kampung, menampung pelaran anak2/adik2 hingga ke menara gading dan disamping membuka perniagaan sendiri.
Semoga perniagaan yg kami jalankan itu diberkati dan diterima sebagai amal jariah oleh Allah SWT untuk anakanda Farhat.
Aaminnn Ya Rabbi.