04/06/2026
Pejabat RISDA Daerah Segamat telah melaksanakan Program Kursus In-Situ Agromakanan Tahun 2026 pada 04 Jun 2026 (Khamis) dengan penyertaan seramai 26 orang peserta.
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan pengurusan tanaman pisang integrasi secara lebih sistematik dan berkesan, selain memperkukuhkan kemahiran dalam penyediaan serta penggunaan baja kompos sebagai baja organik dalam sektor pertanian.
Antara slot ceramah yang telah disampaikan adalah:
✅ Pengurusan Tanaman Pisang Integrasi
✅ Pembuatan Baja Kompos
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Daerah Segamat, di mana pegawai jabatan berkenaan telah dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan teknik amalan pertanian baik kepada para peserta.
Diharapkan program seumpama ini dapat membantu pekebun kecil meningkatkan kemahiran, produktiviti serta menggalakkan penggunaan amalan pertanian yang lebih mampan dan berkualiti.