25/12/2023
Kes selesai!
Assalamualaikum,,
Berkenaan video kecurian minyak terpakai kelmarin (24.12.2023) yang berlaku di kawasan premis kami Wambit The Cabin, pihak Wambit telah membuat perjumpaan secara berdepan dgn En.Khairul ( pelaku dlm video) di Balai Polis Serdang, Bandar Baharu semalam.
Setelah perbincangan dgn panjang lebar, pelaku telah mengaku bersalah diatas perbuatannya secara tidak sengaja dan tanpa berfikir panjang, kerana telah mengikut arahan dr seorang individu yg tidak dikenali pelaku (India menaiki motor LC berwarna hitam merah) utk mengambil minyak terpakai tersebut bg tujuan jual beli tanpa keizinan kami.
Dengan ini, pelaku telah berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara sebegini dan akan mengambil ikhtibar di atas apa yg berlaku serta lebih berhatiΒ² dlm melaksanakan SOP pekerjaannya.
Perjumpaan bersama majikan En.Kairul iaitu Airil Global Resources juga berlaku di Wambit bagi mendapat kata sepakat dan permohonan maaf bersama serta memohon pihak kami menurunkan video tersebut dr media sosial agar hal ini tidak dipanjangkan lagi dan dapat meneruskan perniagaan seperti biasa tanpa sebarang kecaman atau ugutan dari orang awam.
Utk makluman, En. Khairul juga telah membuat laporan cover ke atas dirinya di Balai Polis Kulim Hitech kerana menerima bnyk ugutan berbaur unsur jenayah. Dengan ini kes ini dianggap selesai dan ditutup.
Kepada Tuan/Puan yg ingin menjual minyak terpakai dlm kuantiti yg kecil atau besar, boleh terus menghubungi :
Encik Airil ( owner )
012-4604887
Encik Khairul
017-4523022