12/05/2023
Kegemaran ramai. Asam Pedas kalau masak dapat kuah macam ni, barulah sedap. Memang kaw!
ASAM PEDAS IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
Ikan – boleh guna apa sahaja ikut cita rasa
Bunga Kantan
Bendi
Daun kesum
Tomato – belah
7-8 sudu makan pes cili – lebihkan jika s**a pedas
Air asam jawa @ pes asam jawa
Garam, gula dan perasa secukupnya
Klik disini untuk resipi penuh: https://www.rasa.my/resipi-asam-pedas-ikan-pari-kuah.../
BAHAN KISAR:
1-2 biji bawang besar – nak kuah pekat boleh guna lebih
5 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
Serai – dititik
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan serai yang telah dititik. Tumis lagi hingg garing dan pecah minyak.
3. Tambahkan air asam jawa dengan secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut.
5. Akhir sekali masukkan hirisan tomato serta perasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya.
6. Asam Pedas Ikan Pari sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Haslinda Hashim