29/05/2023
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa
Bahan tumbuk :
• 2 hiris halia,
• 3 ulas bawang putih,
• ½ sudu kecil garam,
Bahan potong :
• ½ biji bawang merah- dadu,
• ½ biji bawang Holland- dadu,
• 2 ulas bawang putih – dadu,
• 2 helai daun limau purut,
• 2 hiris halia- hiris memanjang,
• 3 tangkai cili padi merah,
• 1 tangkai cili besar hijau,
• 1 batang serai- hiris serong,
• 1 hiris nanas- hiris dadu.
Bahan kisar :
• ½ biji bawang merah,
¼ biji bawang Holland,
• 1 ulas bawang putih,
• ¼ sudu kecil ketumbar dan jintan putih,
• 2 hiris nipis serai,
• ¼ hiris nipis halia.
Bahan lain :
• ¾ sudu besar tepung jagung,
• Minyak,
• Daun salad.
• 1 ½ senduk cili kering kisar,
• 1 senduk cili sos Life.
• 1 sudu besar sos tiram,
• ¾ cawan air asam jawa (secubit asam jawa + ¾ cawan air).
• 1 ¾ sudu besar gula,
• ¾ sudu kecil garam,
• ½ sudu besar perencah Hilal.
Cara-cara :
1. Mula-mula perap ikan setengah jam dengan bahan tumbuk. Belah ikan ala ‘fillet’ atau ikut s**a.
2. Selepas diperap, tabur rata tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.
3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak. Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian. Terus letak di atas daun salad yang telah dihias.
4. Sementara itu, goreng kesemua bahan potong kecuali cili dan nenas.
5. Kemudian masukkan p**a 1 senduk bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
7. Tambahkan 1 senduk cili sos Life.
8. Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.
9. Masukkan air asam jawa. Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terp**ang kepada citarasa sendiri.
11. Akhirnya masukkan potongan nenas.
12. Masukkan juga sedikit cili potong.
13. Tutup api. Siap. Kuah sedia untuk dicurahkan di atas badan ikan.
14. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.