01/03/2022
Selamat Memperingati Mukjizat Israk & Mikraj.
Baginda Rasul صلى الله عليه وسلم menerima ujian yang sangat hebat sebelum peristiwa Israk & Mikraj. Kewafatan Sayyidatina Khadijah dan pemergian Abu Talib telah memberi kesan terhadap emosi baginda.
Kemudian Allah سبحانه وتعالى mengurniakan mukjizat Israk & Mikraj kepada baginda. Setelah kembali ke Makkah, baginda terus dirikan syariat solat yang baru sahaja didapatkan tanpa berlengah, tanpa tunggu satu hari dua hari tunggu 'line clear'.
Peristiwa ini simbolik menunjukkan apabila kita hadapi satu ujian yang sangat hebat, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah dekatkan diri kepada Tuhan, kerana jalan hidup yang Tuhan bentangkan kpd manusia adalah jalan dan cara hidup yang terbaik.
Dia-lah yang menciptakan manusia, tentu sahaja Dia Maha Tahu apa yang tebaik untuk manusia.
Kredit gambar: Jabatan M***i Kerajaan Negeri Negeri Sembilan.