Hanis Alimin

Directions Website

Hanis Alimin ‘Bukan menunggu masa depan. Kita sedang membinanya.’
— MHA

26/09/2026

Sedih

Warigh Senaling Juzzthin.. Tapi Samo umur
11/09/2026

Warigh Senaling Juzzthin.. Tapi Samo umur

Salam Takziah buat Tuan Bee Sham Sekeluarga. Salam Takziah juga buat keluarga Flying Doctor yang terlibat. Semoga Allah ...
09/09/2026

Salam Takziah buat Tuan Bee Sham Sekeluarga. Salam Takziah juga buat keluarga Flying Doctor yang terlibat. Semoga Allah s.w.t himpunkan mereka bersama keluarga di syurga kekal abadi.

Terima Kasih frontliners.

𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 & 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥Cuti harini pagi-pagi omak den ajak satu keluarga poyi Surau Kg Kuala Dioh healing sambut Mau...
29/08/2026

𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 & 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥

Cuti harini pagi-pagi omak den ajak satu keluarga poyi Surau Kg Kuala Dioh healing sambut Maulid Rasul.

Satu hari Rasulullah ﷺ bertanya kepada para sahabat:

"Siapa yang berpuasa hari ini?" – Abu Bakar jawab: "Saya."

"Siapa yang menghantar jenazah hari ini?" – Abu Bakar jawab: "Saya."

"Siapa yang memberi makan orang miskin hari ini?" – Abu Bakar jawab: "Saya."

"Siapa yang menziarahi orang sakit hari ini?" – Abu Bakar jawab: "Saya.

"Nabi ﷺ lalu bersabda: "Tidaklah amalan-amalan ini berkumpul pada diri seseorang melainkan dia akan masuk syurga.

𝑻𝑬𝑵𝑻𝑨𝑵𝑮 𝑩𝑼𝑳𝑨𝑵Bersyukur sangat mempunyai keluarga dan sahabat yang sangat baik. Termasuk korang semua walaupun tidak pern...
23/08/2026

𝑻𝑬𝑵𝑻𝑨𝑵𝑮 𝑩𝑼𝑳𝑨𝑵

Bersyukur sangat mempunyai keluarga dan sahabat yang sangat baik. Termasuk korang semua walaupun tidak pernah kenal sebelum ini tetapi dapat menerima aku sebagai sahabat.

Terima kasih sudah bertahan dan menemani di saat aku senang mahupun susah. Hidup ini jauh lebih indah kerana ada kalian. Terima kasih telah menjadi sosok yang memahami segala kekurangan namun tetap memilih untuk menghabiskan waktu bersama.

Sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya, Saudara Qayyum. Kami saling bermaafan sekiranya se...
03/08/2026

Sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya, Saudara Qayyum. Kami saling bermaafan sekiranya sepanjang tempoh kempen ada berlaku pergeseran atau salah faham.

Inilah politik nilai dan politik baharu yang saya dan ramai anak muda cuba bawakan. Berbeza pandangan dan fahaman politik tidak bermaksud kita perlu bermusuhan.

Saya juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Qayyum atas kejayaan mempertahankan kerusi DUN Senaling untuk Barisan Nasional. Semoga beliau dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya demi rakyat Dun Senaling, tanpa mengira jalur parti politik. Janganlah sesekali menjadikan kuasa politik untuk salah guna kuasa, rasuah, pemusatan kroni dan sebagainya, saya yakin beliau orang baik.

Saya akan terus berjuang di lapangan dengan agenda mengangkat martabat insan melalui PAKATAN HARAPAN, dan rahmah buat semua. Inshaa Allah. Tahniah YB Qayyum..!!!


02/08/2026

Rehat boleh.!!
Berhenti jangan..
Kita akan terus bekerja untuk mengangkat martabat insan.

01/08/2026

Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera, sukarelawan dan penyokong yang telah berhempas pulas sepanjang kempen.

Kita menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Kita mungkin tewas dalam pilihan raya negeri ini, namun perjuangan mangangkat martabat insan belum berakhir. Keluarga besar Pakatan Harapan perlu bermuhasabah dan mengakui bahawa kita kalah dalam pertarungan naratif. Daripada pengalaman ini, kita akan bangkit dengan lebih kuat, lebih tersusun dan lebih dekat dengan denyut nadi rakyat.

Tahniah kepada pihak yang diberi mandat. Semoga amanah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.

Buat seluruh warga Senaling, terima kasih atas setiap sokongan, doa dan kasih sayang yang diberikan. Senaling tetap yang terbaik. Insya-Allah, kita akan terus berkhidmat tanpa mengira musim pilihan raya.

Perjuangan diteruskan. HARAPAN tidak pernah padam.

Ikhlas dari,
Hanis Alimin
Sayang Senaling ❤️

Address

Seremban

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanis Alimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby restaurants