03/12/2023
Amalan gaya hidup sihat 🏃♂️
Jika kita perhatikan pada masa kini, tidak ramai rakyat Malaysia yang keluar bersenam terutama pada waktu pagi.
Hal ini mungkin disebabkan oleh, ramai rakyat malaysia pada masa kini mempunyai tanggungjawab masing-masing. Seperti, mempunyai pekerjaan, mempunyai kelas atau aktiviti yang tersendiri.
Nak tak PopiaNara kongsikan sedikit tips tentang amalan gaya hidup sihat yang boleh anda amalkan dimana-mana sahaja.?
1. Jika anda hendak pergi ke kelas atau tempat kerja pada waktu pagi, elakkan penggunaan lift. Gunakan tangga, kerana ianya mampu mengurangkan kadar kalori dalam badan anda.
2. Jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi kerana sarapan pagi mampu membantu badan kita menjadi lebih bertenaga dan sihat untuk melakukan aktiviti sepanjang hari tersebut
3. Jangan minum kopi terlebih dahulu pada waktu pagi untuk membangunkan anda. Tubuh anda secara semula jadi membangunkan anda dengan hormon kortisol, anda mendapat lonjakan kortisol pada waktu pagi. Simpan kopi anda hingga ke pertengahan waktu pagi ketika kadar kortisol dan tahap tenaga anda menurun, jadi anda dapat meningkatkan kesan kafein ketika itu adalah lebih baik.
Ini merupakan sedikit tips yang dapat kami kongsikan. Harap ia dapat memberikan manfaat kepada anda semua 😄