21/11/2025
Hari ini berlaku satu momen kecil di Bubu, tapi memberi kesan besar pada hati kami.
Seorang ibu tunggal datang ke pintu Bubu sambil menolak stroller kecil. Dari jauh, saya dah nampak wajah penat dia, mungkin letih menjaga anak, mungkin letih urusan hidup… cuma dia senyum, dan tanya perlahan.
“Boleh saya masuk ke? Anak saya akan duduk dalam stroller je.”
Di Bubu Private Tea Space, kami memang ada satu polisi: kanak-kanak bawah 12 tahun tidak digalakkan, bukan sebab kami tak s**a anak-anak… tapi sebab di sini banyak air panas, electric stove, fragile teaware, dan ruangnya sunyi lebih kepada tempat untuk orang dewasa lepaskan penat.
Saya hampir nak jelaskan polisi itu seperti biasa…
Tapi bila nampak muka ibu tu, saya terdiam sekejap. Kadang-kadang orang dewasa pun perlukan ruang untuk bernafas.
Kadang-kadang hidup tak bagi banyak pilihan pada seorang ibu.
Jadi hari ini, kami buat satu pengecualian kecil.
Kami benarkan dia masuk dengan syarat keselamatan dijaga. Dia duduk diam di sudut, minum teh perlahan-lahan. Anaknya betul-betul tidur sepanjang masa. Tak bising, tak lari, tak ganggu sesiapa.
Dan sebelum pulang, dia sempat cakap:
“Terima kasih… lama dah saya tak rasa tenang macam ni.”
Kadang, sebuah cawan teh bukan sekadar minuman.
Ia boleh jadi ruang kecil untuk sembuh.
Ruang untuk tarik nafas.
Ruang untuk rasa hidup semula.
Hari ini, kami diingatkan bahawa setiap pelanggan datang dengan cerita masing-masing… dan kadang-kadang, apa yang mereka perlukan hanyalah sedikit belas, sedikit ruang, sedikit tenang.
Jika anda perlukan tempat sunyi untuk reset diri, Bubu Private Tea Space sentiasa ada. Untuk sesi private, tea experience, atau sekadar mahu duduk diam… kami sedia temankan dengan secawan teh hangat.