29/12/2023
Restoran Rampak Sunda β‘οΈRestoran Salero Negori Asli
Assalamualaikum/Salam Sejahtera kpd semua warga Setia Alam/Meru.
Untuk makluman, operasi Restoran Rampak Sunda akan berakhir pada Ahad ini, 31/12/2023, dan akan digantikan dengan Restoran Selera Nogori Asli bermula 1/1/2024. Buat para pelanggan setia kami, mahupun anda yg belum berkesempatan ke restoran Rampak Sunda, kami sangat mengalu-alukan kunjungan anda, untuk hariΒ² terakhir kami beroperasi.
Alhamdulillah terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ni. Terima kasih juga kepada yang selalu booked whole space beserta sajian kami untuk majlis reunion, birthday, corporate meeting, dan lain2. Berat hati untuk melepaskan. Kami bangunkan premis ni disaat kebanyakan syarikat/kedai2 tutup disebabkan gangguan ekonomi, bermulanya PKP 2020. Dan kami bertahan hingga ke saat ni, 3tahun lebih yang sangat bermakna buat kami. Namun aturan Allah adalah yang terbaik. Doakan kami dapat bangun semula suatu hari nanti.
Kami warga Rampak Sunda dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada kekurangan dari kami sama ada servis, layanan mahupun sajian kami, sepanjang restoran beroperasi. ππ»
Jangan lupakan sajian kami ye. Ayam Pukul, Ikan Terbang, Siakap Mbah, Manuk Bako, Pecel Lele, Pecal Sunda, dan lain2.. InsyaAllah ada rezeki kami boleh sajikan lagi untuk anda..π€²π»
Bagi yang keberatan utk hadir ke restoran kami, boleh juga order melalui aplikasi Misi, ShopeeFood, atau Foodpanda.
Jemput datang ke Rampak Sunda kesayangan semua. π€
No.25-GF, Jln Setia Perdana, BA U13/BA Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Operasi sehingga Ahad ini,
11pagi - 10malam.
*Dikesempatan ni, jom sama2 kita support restoran Salero Negori Asli yang akan buka tak lama lagi. Selamat datang ke Setia Alam! Semoga terus maju. Tak sabar nak makan masakan nismilan!π