28/04/2026
FSKM ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak He & She Coffee atas kesudian menyumbangkan Baucar Rahmah kepada barisan pelajar FSKM.
Program seumpama ini merupakan bukti nyata sokongan industri terhadap kesejahteraan pelajar, sekaligus membantu mengurangkan perbelanjaan harian mahasiswa di kampus. Pihak fakulti amat menghargai usaha dan keprihatinan He & She Coffee dalam menyantuni komuniti pelajar kami.
Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih menerima baucar ini. Selamat menjamu selera dan semoga terus cemerlang dalam pelajaran.