06/10/2022
NAK RASA MI KARI YANG PASTI TIDAK MENGECEWAKAN DI SHAH ALAM?
Mi kari nyonya resepi 'buah hati' saya. Mak saya kata resepi 'terjadi' pada tahun 1987. Bagaimana resepi ini boleh muncul? Ini kerana pada hari tersebut mak saya ada potluck, dalam beliau kelam kabut nak masak mi kari tiba² ada bahan tak cukup. Apa yang beliau buat adalah cuba gantikan dengan bahan lain yang ada di dapur pada waktu itu. Alhamdulillah, jadi lebih sedap dari biasa! Maka terjadilah mi kari dengan resepi 1987 ni hingga sekarang dan kami hidangkan p**a untuk anda rasa 🥰.
📍 F15-16, Food Court Giant Sekseyn 13, Shah Alam.