Nasi Ganja Perlis

Nasi Ganja Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nasi Ganja Perlis, No. 22, Jalan Kota Raja 27/J, Pusat Bandar Hicom, Seksyen 27, Shah Alam.

𝙋𝘼𝙉𝘿𝙐𝘼𝙉 𝙎𝙊𝙇𝘼𝙏 𝙅𝘼𝙈𝘼𝙆 & 𝙌𝘼𝙎𝘼𝙍.𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶.Kredit : fb Pesan Bonda
24/03/2022

𝙋𝘼𝙉𝘿𝙐𝘼𝙉 𝙎𝙊𝙇𝘼𝙏 𝙅𝘼𝙈𝘼𝙆 & 𝙌𝘼𝙎𝘼𝙍
.𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶.

Kredit : fb Pesan Bonda

19/11/2019
28/04/2017
20/09/2016

Noh Hujan..
"Saya tak berpeluang belajar di IPTA, tamat SPM saya memilih untuk ceburi bidang nyanyian. Rezeki ikut musim ada permintaan, ada duit, ada hari hanya makan nasik lemak pagi, tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab tiada duit.
Kemudian niat dalam hati;
"Ya Allah, aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku."
Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak kemudian saya berjumpak Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah, dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket hanya ada RM8 ribu genap. Saya ulang, RM8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah.
Saya katakan pada Nina;
"Girl, if you want to marry me, i'm a nothing... I have nothing. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I'm able to do it." dan Nina terima.
Sekarang alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.
Semuanya, LILLAHI TA'ALA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him."
sc : Azfar Mohd

19/09/2016

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan p**a 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

18/09/2016

Puisi buat insan bernama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Namamu Abadi

Meski jauhnya jarak
Berziarah ke makammu
Ruang bukanlah pemisah
Seorang muliawan sepertimu
Akan selalu hidup
Orang mulia tak pernah mati
Ia hidup di hati; kekal abadi

Bentur matamu dan suara mendatar
Akan selalu didengar
Meski kau tak lagi berdiri
Antara dua pintu hidupmu
Seorang muliawan tak pernah mati; namanya abadi

Meski jauhnya jarak
Doa jadikan begitu dekat
Bauan mawar dan attar
Dibawa Malaikat ke langit

Seorang muliawan sepertimu
Tidak pernah mati
Namamu hidup di hati
Kekal abadi

Al-Fatihah...

Address

No. 22, Jalan Kota Raja 27/J, Pusat Bandar Hicom, Seksyen 27
Shah Alam
40400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Ganja Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share