02/06/2026
Sepuluh hari Zulhijjah kali ni memang banyak cerita yang kami akan ingat lama.
Dari Selangor, Kuala Lumpur, Pahang sampai ke Kelantan…
aiskrim ikat bergerak hampir setiap hari hasil sumbangan semua penginfak JJZIKAT.
Seronok sebenarnya bila quest kali ni bawa kami jumpa ramai orang baru, tempat baru… dan paling penting, hati-hati baik yang tak pernah berkira untuk berkongsi rezeki.
Antara moment yang kami tak lupa, masa singgah lewat malam cari tempat simpan aiskrim.
Owner kedai runcit tu tiba-tiba cakap dia nak join tumpang sedekah sekali, tambah roti krim untuk diberi bersama.
Masih ramai orang baik dekat sekeliling kita rupanya.
Tapi dalam banyak rasa gembira, ada juga rasa sedih.
Tahun ni banyak tempat yang dah tutup, especially beberapa tahfiz yang kami pernah hantar sebelum ni.
Ada yang berpindah & dah tak beroperasi.
Buat kami sedar… setiap peluang untuk memberi tu sebenarnya sangat berharga.
Dan antara part paling kami s**a setiap kali sampai tempat agihan —
mula-mula semua nampak malu-malu.
Ada yang buat cool.
Macam tak kisah sangat.
Tapi lepas camera dah tutup, lepas letak phone… terus semua pakat serbu aiskrim macam benda berharga.
Waktu tu memang rasa penat perjalanan hilang terus.
Dengan izin Allah, sepanjang 1 hingga 10 Zulhijjah kami sempat menyampaikan ke:
🤍 2 rumah anak yatim
🤍 16 tahfiz & pondok agama
🤍 3 pusat gelandangan
🤍 3 masjid termasuk agihan buka puasa 9 Zulhijjah & REWANG korban
Terima kasih kepada semua penginfak JJZIKAT.
Dari awal, kami memang cuba buat harga serendah mungkin supaya lebih ramai orang boleh join bersedekah.
Sebab tu juga kos penghantaran kami tanggung sendiri… asalkan lebih mudah untuk orang sama-sama menyumbang tanpa rasa berat.
Yang gerakkan semua ni bukan kami.
Tapi semua yang memilih untuk berkongsi sedikit rezeki untuk menggembirakan orang lain.
Semoga setiap satu yang diinfaqkan menjadi asbab hadirnya kebaikan yang tak putus-putus buat semua.
Dan insyaAllah… kita jumpa lagi next Zulhijjah.
Sementara tu, Jom Jariah Jumaat IKAT tetap berjalan macam biasa.
Perlahan-lahan, kita terus sebarkan gembira.