Air Tangan Tok Ma

Air Tangan Tok Ma Bahan yang digunakan adalah bermutu tinggi. Juga menjual pelbagai makanan lain.

JENIS KEK

Kek Butter Plain
Kek Butter Marble
Kek Butter Oren/Strawberry/Pandan/Cappucino/Blueberry
Kek Span Plain
Kek Span Oren/Strawberry/Pandan/Cappucino/Blueberry
Kek Carrot
Kek Red Velvet
Kek Pelangi

dan pelbagai lagi

14/08/2022

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
📖 🕌 🕋 📖 🕌 🕋 📖 🕌
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى اَٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Firman Allah SWT:
بسم الله الرحمن الر حيم
وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
وَٱذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ ٱلْجَهْرِ مِنَ ٱلْقَوْلِ بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلْغَٰفِلِينَ
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak p**a menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
(Surah Al A’raf)

13/08/2022

Manusia itu apabila meningkat umur 60 tahun, mereka mula memasuki fasa tua. Sebelum hari benar² senja kita harus mengingati beberapa sudut pandangan yang akan dihadapi sehingga hati lebih bersedia dan tidak galau.

PERTAMA:
Ketika usia makin tua kita menyedari bahawa makin sedikit orang² yang ada disamping kita. Generasi orangtua kita telah tiada, generasi kita juga banyak yang sudah tidak mampu menjaga diri sendiri. Generasi muda punya kesibukan tersendiri, bahkan mungkin suami atau isteri sudah meninggal terlebih dahulu.

Yang menemani kita hanya lah hari² yang kosong. Kita harus belajar untuk hidup sendirian dan mengharungi kesendirian tersebut.

KEDUA:
Perhatian masyarakat makin lama makin pudar, tidak prihatin betapa hebat nya kerjaya kita sebelum nya. Walau terkenalnya kita, setelah uzur kita menjadi atok atau nenek biasa² sahaja. Lampu² tidak lagi menerangi kita, kerana itu belajarlah untuk menyesuai kan diri dengan tenang. Mengagumi keriuhan generasi muda dan kita tidak boleh dan tidak harus rasa cemburu.

KETIGA:
Dalam kita mengharungi kehidupan dimasa hadapan, banyak liku² hidup dan cabaran penyakit² yang pasti kita hidapi seperti tulang retak, stroke, alzheimer, barah dan sebagainya. Semua itu mungkin kita rasai. Mahu tidak mahu perlu ditempuhi. Kerana itu kita harus belajar menerima hakikat untuk hidup bersama penyakit² yang kita hidapi. Beriadah, bersenam dan mengamal kan hidup sihat. Tidur dan rehat yang cukup. Bersemangat untuk memotivasi sendiri.

KEEMPAT:
Hidup di atas tempat tidur, kembali ke situasi seperti waktu kita baru lahir. Setelah melalui kehidupan yang penuh dugaan dan berliku, akhirnya kita kembali ke tempat asal iaitu tempat tidur. Dikala inilah kita dijaga oleh orang lain.

Yang membezakannya dulu kita di pelihara ibu, namun nanti belum tentu ada ahli keluarga yang sanggup menjaga kita. Kalau adapun tentu jauh bezanya dengan jagaan seorang ibu. Besar kemungkinan juga yang menjaga kita adalah jururawat yang wajahnya tersenyum namun hatinya meluat. Diperingkat ini kita tetap harus merendah diri dan mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang mengurus keperluan kelangsungan kita.

KELIMA:
Sebelum penghujung hidup ini, 'tahap terakhir' perjalanan hidup umpama senja dan malam makin gelap. Tentunya peringkat ini akan lebih menyusahkan kita. Kerana itu setelah usia 60an kita harus berlapang dada "take it easy" terhadap kehidupan. Nikmati hidup ini, Syukurilah yang ada, tidak perlu terlalu peduli pada hal² yang remeh, tidak usah terlalu peduli pada urusan kecil anak cucu. Persiapkan suasana hati sehingga boleh menghadapi perjalanan ini dengan santai dan wajar.

SELAMAT MENJALANI HARI TUA DAN SENTIASA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH SWT.

Untuk info
12/08/2022

Untuk info

in shaa Allah
12/08/2022

in shaa Allah

11/08/2022

JOM beli ikan murah2...
Fresh..
Jauh lebih murah dari harga pasaran..
Siap siang, sampai depan muka pintu...

Hasil Laut Hutan Melintang Abang Omel

Resipi Sup Kaki Ayam Simple & Marvelous1.Cuci kaki ayam sampai bersih. Masukkan dalam periuk then masak sampai empuk. 2....
10/08/2022

Resipi Sup Kaki Ayam Simple & Marvelous

1.Cuci kaki ayam sampai bersih. Masukkan dalam periuk then masak sampai empuk.
2. Bila kaki ayam dah empuk masukkan sup bunjut, hirisan bawang putih & bawang merah
3. Kemudian masukkan garam, satu kiub pati ayam maggi dan hirisan tomato.
5. Perlahankan api, dlm 5minit tutup api.
6. Last sekali masukkan hirisan cili merah, daun sup & limau. Siap untuk dihidang.

4 tips MASAK NASI LEMAK GUNA RICE COOKER. Tetap ' power'. Nasi lemak memang banyak di jual di mana- mana. Walaupun hidan...
10/08/2022

4 tips MASAK NASI LEMAK GUNA RICE COOKER. Tetap ' power'.

Nasi lemak memang banyak di jual di mana- mana. Walaupun hidangan ini cukup mudah dan ' simple', tapi tak ramai yang dapat menghasilkan nasi lemak sendiri di rumah walaupun dah follow resepi tersebut 100%.

Sekali sekala, nak juga rasa nasi lemak yang di hasilkan sendiri di rumah. Kalau di tanya pada otai- otai memasak, memang begitu banyak petua dan tips masak nasi lemak yang di kongsikan.
1. Rendam beras sebelum masak.
Salah satu tips untuk menjadikan nasi lemak lembut adalah dengan merendam beras terlebih dahulu sebelum memasakkannya. Selepas di basuh, rendamkan sekitar 10 minit .Kemudian, terus toskan dan masak seperti biasa.
2. Elak nasi lemak mentah dalam rice cooker.
Cara memasak nasi lemak guna rice cooker tak banyak bezanya dengan atas api. Ada yang masukkan santan sekali dengan halia, daun pandan dan garam terus. Kalau nak masukkan apabila nasi mula nak lering pun boleh.
Seelokknya, lebihkan sedikit air berbanding memasak nasi biasa. Mungkin ada yang menghadapi masalah nasi tak cukup masak walaupun butang ' cook' dah bertukar ' warm'.

Sekiranya ini berlaku, ada beberapa perlu yang boleh anda lakukan:
🌲mula-mula kaiskan sedikit nasi tersebut, kemudian, letak sebuah cawan berisi air panas yang di campur sedikit garam di dalam rice cooker( macam.seperti gambar di atas). Tutup semula rice cooker dan biarkan selama 10-20 minit.
🌲 kacau nasi, ambil daun pisang / plastik dan tutup bahagian atas nasi. Renjiskan sedikit air dan biarkan lama sedikit dalam mod ' warm'.
🌲Selain daripada cara- cara ini, boleh juga mengukus semula nasi tersebut menggunakan mengukus.
3. Petua nasi lemak lembut

Salah satu tip masak nasi lemak.yang lembut adalah dengan mencampurkan aedikit minyak masak atau marjerin ke dalam nasi. Tak kisahlah sama ada nak masukkan awal- awal atau apabila nasi hampir kering.

Tips kedua adalah dengan menggunakan halia yang di titik sebesar ibu jari. Anda boleh menggunakan kedua- dua cara ini untuk mendapatkan butiran basi yang cantik, lembut dan berderai. Tapi, jangan menggaulkannya nasi banyak kali semasa memasakkannya ya!

Kredit: Jauharatuddini Taib

*7 Penyakit Yang Boleh Diubat Dengan Limau Kasturi.**1. Batuk*Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam ...
10/08/2022

*7 Penyakit Yang Boleh Diubat Dengan Limau Kasturi.*

*1. Batuk*
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

*2. Demam*
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

*3. Pening Kepala*
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

*4. Lelah*
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

*5. Kegemukan*
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

*6. Kelemumur*
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

*7. Kepala Berbau*
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Semoga Bermanfaat
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Address

No. 49, Jalan Lengkuas 16/21
Shah Alam
40200

Telephone

+60182638127

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Air Tangan Tok Ma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Air Tangan Tok Ma:

Share