Kopi Al-Syifa'

Kopi Al-Syifa' Minuman untuk seisi keluarga yang mengandungi ramuan sunnah iaitu Habbatus Sauda dan dibaca dengan a

Antara ramuan lain di dalam minuman Kopi Al-Syifa' ialah Pegaga. Apakah dia Pegaga?Pegaga atau nama saintifiknya, Centel...
19/09/2014

Antara ramuan lain di dalam minuman Kopi Al-Syifa' ialah Pegaga. Apakah dia Pegaga?

Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae di kalangan masyarakat tempatan. Tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini.

Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain.

Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.

Di Thailand pegaga di kenali Buabok telah menjadi satu produk yang dibotolkan secara jus diminum sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.

Daun pegaga berbentuk otak atau ginjal dengan lebar antara tiga hingga lima sentimeter dan panjang tangkai boleh mencapai sehingga 15 sentimeter mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.

Bunganya dalam jambak antara tiga hingga empat kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu.

Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.

Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.

Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru.

Ramuan utama di dalam minuman Kopi Al-Syifa' ialah Habbatus Sauda. Apakah dia Habbatus Sauda?Habbatus Sauda adalah sejen...
19/09/2014

Ramuan utama di dalam minuman Kopi Al-Syifa' ialah Habbatus Sauda. Apakah dia Habbatus Sauda?

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda.

Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatus Sauda (Mesir, Syam). Di dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin.

Produk ini mempunyai khasiat yang amat tinggi. Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.

Habbatus Sauda ini ialah satu supplement/ubat yang dapat membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih sihat dan bertenaga.

19/09/2014

Minuman berkhasiat untuk seisi keluarga yang mengandungi ramuan utama iaitu Habatussauda.

"Tetaplah kamu dengan Habatussauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati." - Hadis riwayat Bukhari.

Dibaca dengan ayat-ayat Al-Syifa' dan Doa. Amalkan secara berterusan untuk mendapatkan kesan baik yang maksima.

19/09/2014

Minuman berkhasiat untuk seisi keluarga. Banyak kebaikan yang terkandungan di dalam minuman ini. Antaranya:

1) Menyegarkan dan meringankan badan
2) Menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan
3) Tidak mudah terasa lapar
4) Mengeyangkan
5) Melawaskan pembuangan air besar/kecil
6) Menghilangkan rasa mengantuk
7) Menambahkan kecerdasan badan

Dibaca dengan ayat-ayat Al-Syifa' dan Doa. Amalkan secara berterusan untuk mendapatkan kesan baik yang maksima.

19/09/2014

Minuman berkhasiat sesuai untuk seisi keluarga. Rasanya sangat sedap dan enak sehingga mahu minum hari-hari.

Kandungan di dalam Kopi Al-Syifa':
# Habatussauda'
# Cengkih
# Pegaga
# Tongkat Ali
# Kopi Arabica
# Gula
# Krimer Bukan Tenusu

Dibaca dengan ayat-ayat Al-Syifa' dan Doa. Amalkan secara berterusan untuk mendapatkan kesan baik yang maksima.

Address

Seksyen 7
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kopi Al-Syifa' posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category