31/03/2026
Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan tradisi penuh makna dengan menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan warga Sang Saka Biru dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara.
Majlis yang dihadiri Ketua Polis Negara (KPN), IG Datoβ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama barisan pucuk pimpinan PDRM turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, mencerminkan kesatuan dan kebersamaan dalam memperkukuh nilai spiritual serta integriti dalam pasukan.
MasyaAllah Tabarakallah π€ Sidah Catering amat berbesar hati menjadi penyedia hidangan rasmi bagi majlis penuh berprestij ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk menyajikan citarasa terbaik buat para tetamu kehormat. Semoga setiap hidangan yang disediakan menambah keberkatan dan memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna ini. π½οΈβ¨
MajlisDoaSelamat