18/11/2019
Masakan yang berkualiti bermula dari bahannya. Pemilihan, kebersihan, dan cara mengendalikannya amat penting bagi menghasilkan masakan yang enak dan mengekalkan ciri-ciri masakan ibunda kita.
Untuk Masak Lemak Cili Padi, pemilihan cili adalah faktor nombor satu bagi kami. Mari kita lihat perbezaan fizikal bagi kedua-dua cili ini.
Cili akar bentuk die mcm panjang sikit, jarang ade colour merah. gambar sebelah kiri menunjukkan cili akar. Harga dia sekitar RM 7.00 sekilo. Diingatkan harga sayuran dipasaran sangat fleksibel. Tapi harga ni harga kebiasaan min tgk dari pasar yang paling murah la. Rasa dia tak sepedas cili kampung, dan kurang la umph dia.
Cili padi/ api kampung bentuk pendek yang kat sebelah kanan. Kadang ada yang panjang, tapi selalunya pendek2, sekitar 2cm pon ada. Warna sering bercampur2, dari hijau, kuning, sampai la merah. Penjagaan dia pon sedikit s**ar, akan benyek dalam masa yang lebih singkat berbanding cili akar. Rasa dia lebih sedap dan pedas dia lebih mengancam, in a good way. Di pasaran, harga dia mencecah RM 24 sekilo! Jenis ni yang kami gunakan sepanjang masa untuk buat masak lemak, dan juga masakan-masakan lain. Hampir tak pernah la pakai cili padi akar.
Ini yang terdapat di Malaysia la, kalau kat negara lain ada Jalapeno (bunyi sebutan dia halapenyo), cili naga, setan pon ada.
Anda di rumah pakai cili apa?