09/01/2023
Adakah miso ni halal?
Ya, pes miso yang kami jual telah mendapat pengiktirafan halal oleh badan halal di Jepun yang juga diiktiraf oleh JAKIM.
Apakah bahan-bahan untuk membuat pes miso?
Miso dibuat hasil peraman kacang soya, garam, air dan beras (koji) . Miso yang kami jual tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau perisa tiruan, mahu pun pewarna tiruan.
Adakah instant miso mengandungi msg?
Ya, instant miso mengandungi msg. Untuk pilihan lebih sihat, gunakan pes miso, bonito atau kelp dan juga wakame untuk menghasilkan sup miso.
Adakah kacang soya yang digunakan dalam pes miso ini adalah GMO?
Tidak. Kacang soya yang digunakan dalam produk miso ini bukanlah kacang soya GMO. Bahkan, syarikat pengeluar iaitu Hikari telah mendapatkan sijil organik dari tiga badan iaitu USDA Certified Organic, European Union Organic, dan Japanese Agricultural Standard Organic.
Air yang digunakan semasa proses pembuatan adalah air pergunungan yang jauh dari pencemaran.
Untuk maklumat lanjut tentang pengeluar miso yang kami jual, boleh layari laman sesawang tertera di bawah
https://hikarimiso.com/about-miso/
https://shope.ee/6UnNJugnTd