The Food Network Setia Alam

The Food Network Setia Alam Page santai tentang makan-makan dan makanan di Setia Alam

Mencari nasi kandar untuk makan tengahari?Ada banyak restoran nasi kandar di Setia Alam ni. Tapi ini Nasi Kandar yang pe...
04/10/2025

Mencari nasi kandar untuk makan tengahari?

Ada banyak restoran nasi kandar di Setia Alam ni.

Tapi ini Nasi Kandar yang pernah admin cuba (tanpa mengikut ranking kesedapan, sebab semua pun sedap dan pelbagai lauk) :

Nasi Kandar Antarabangsa, Setia Perdana (Seria 88)
Nasi Kandar Green Light, Setia Permai
Restoran Rahmath Bistro, Setia Gemilang (Taipan)
Nasi Kandar Kapitan, Setia Utama (Taipan 2)
Al Falah Noori, Ardence Crest.
Modern Mamak Signature, Setia Dagang.

Boleh search di Google atau Waze.

Small and cute things really make you smile. Oreo cheesecake & Blueberry cheesecakeSecret Recipe @ Setia Utama (Taipan 2...
01/10/2025

Small and cute things really make you smile.

Oreo cheesecake & Blueberry cheesecake
Secret Recipe @ Setia Utama (Taipan 2)
Setia Alam.

10 tempat cari sarapan masakan melayu di Setia Alam (setakat yang biasa makan dan tanpa mengikut ranking) :1. Gerai-gera...
29/09/2025

10 tempat cari sarapan masakan melayu di Setia Alam (setakat yang biasa makan dan tanpa mengikut ranking) :

1. Gerai-gerai di tapak pasar malam Setia Perdana (Seria 88).
- Nasi lemak, cekodok garing, bihun / mee / kuayteow goreng, nasi goreng, kuih muih, nasi kerabu, air soya, dan lain-lain.

2. Kueh, Setia Perdana (Seria 88).
- Nasi lemak, nasi tumpang, soto ayam bergedil, roti jala, kuih tradisional, teh ais padu, laksam, dan banyak lagi.

3. Dapur Embun, Setia Perdana (Seria 88).
- Nasi lemak, roti canai, nasi goreng, mee-mee, ada telur mata masak kicap letak cili (buat menyelerakan p**a setiap kali melihatnya).

4. Restoran Kayu Manis, Setia Perdana (Seria 88).
- Soto, lontong, roti canai, dan lain-lain.

5. Nasi Lemak Legasi 1966, Setia Utama (Taipan 2).
- Pelbagai jenis nasi lemak.

6. Musira 2, Setia Prima.
- Nasi lemak, roti canai, maggi goreng, mee goreng, nasi goreng, donut sedap mengimbau zaman kanak2, karipap, kuih apam gula hangus, cucur badak, lopes, dan lain2.

7. Bendang, Ardence Crest
- Lontong, nasi lemak, bihun goreng, dll.

8. Pak Lan Kopitiam, Ardence Labs
- Lontong, soto bergedil, nasi lemak, sambal jawa, nasi goreng, roti bakar, cucur udang, dll.

9. Warung Ummi, Setia Permai.
- Nasi goreng, mee / mihun / kuayteow goreng, roti canai, nasi lemak, kuih muih tradisional.

10. Warung Che Amah, Setia Murni.
- Nasi lemak, lontong, soto dan banyak lagi.

Nak cadangkan tempat sarapan makanan melayu menarik di Setia Alam?
Jemput komen.

Scones @ Setia Alam. Petang lepas hujan begini… sedap kalau pekena scones. Gambar 1 dan 2 :Mum’s Scones di Coffee Bean &...
28/09/2025

Scones @ Setia Alam.

Petang lepas hujan begini… sedap kalau pekena scones.

Gambar 1 dan 2 :
Mum’s Scones di Coffee Bean & Tea Leaf, Setia City Mall, Setia Alam. (Stesen Minyak Caltex, Ardence Crest pun ada CBTL).

Gambar 3 dan 4 :
Scones di Cafe Jalan Terusan, Ardence Crest, Setia Alam.

Nota :
Gambar adalah dari simpanan peribadi ketika makan di cafe-cafe tersebut, dan bukan gambar hari ini. Jadi kalau ke sana… Scones tu kadang-kadang ada, kadang tak ada.

Masa singgah sarapan di Restoran Ahlam Maju di Seria 88, nampak orang order roti puri. Ada roti puri kat sini rupanya. 1...
27/09/2025

Masa singgah sarapan di Restoran Ahlam Maju di Seria 88, nampak orang order roti puri.
Ada roti puri kat sini rupanya.

1 set akan dapat 2 roti puri.
Yang bestnya ada kuah kacang kuda warna kuning tu.
Memang sejak dari kecil kalau makan roti puri, akan dihidangkan dengan kuah kacang kuda warna kuning ni. Taktau apa nama masakannya.

Nak order kuah sardin pun boleh..
Kuah sardinnya ialah jenis kari sardin, bukan sambal sardin tau. Expect curry taste.

Kalau siapa nak sarapan roti puri, boleh datang sarapan di Restoran Ahlam Maju di Seria 88.

Roti puri restoran lain - belum pernah cuba lagi, sebab tak tahu ada atau tak.
Pernah beli roti puri di Restoran Ayman (dulu belakang Ahlam Maju), tapi restoran Ayman dah tutup.

Assalamualaikum & Hi, Salam Sejahtera!Ramai p**a yang LIKE page ni sejak akhir-akhir ini walaupun page ni dah ‘bersawang...
27/09/2025

Assalamualaikum & Hi, Salam Sejahtera!

Ramai p**a yang LIKE page ni sejak akhir-akhir ini walaupun page ni dah ‘bersawang’ 🕸️.

Selamat Datang & Terima Kasih!

Page ni dibuka pada tahun 2016, zaman belum ada Grab, Foodpanda dan lain-lain.

Pada masa itu, ada la jual Sambal Garing Che Nor dan Sambal Garing Jawa.
Sekali sekala ambil tempahan kek batik dan kuih raya.

Lepas buat kuih raya biskut sarang semut… itu sekali je la buat… baru la rasa letihnya macam mana 😅.
Jadi dah tak buat dah, walaupun ada juga yang bertanya lagi biskut sarang semut tu.

Masa tu.. sambil-sambil ada la kongsi posting / iklan makanan-makanan homemade dari rakan-rakan di Setia Alam.
Sekarang pun masih ada dikalangan mereka yang masih aktif berniaga makanan homemade.
Dan lebih mudah juga nak cari di Grab mahupun Foodpanda.

Sekarang…. Dah sibuk dengan kerjaya lain.
Membuatkan page ni senyap jadinya.

Sekali sekala ada la menjawab soalan PM bila ada yang bertanya, “kat mana nak cari makanan itu ini di Setia Alam..”.
Jadi sekadar bagi idea atau bagitau tempat yang diketahui.

Sebagai warga Setia Alam yang rajin memesan makanan di restoran dan pasar malam 😬, niat kini nak jadikan Page ini sebagai tempat untuk berkongsi makanan dan tempat makan yang ada di Setia Alam.
Walaupun mungkin tenggelam timbul lagi.

Buat masa sekarang ni, Page ini kini adalah page santai dan tidak bermotifkan perniagaan.
Sebarang perkongsian atau recommendation adalah berdasarkan selera peribadi.
Melainkan jika ianya iklan, maka akan dinyatakan sedemikian.

Apa-apa pun..
Welcome to new followers!

Menu : Lontong Ayam Goreng BerempahNama kedai makan : Nasi Lemak HasnorLokasi : Meru, KlangAntara pilihan makanan dan mi...
24/07/2023

Menu : Lontong Ayam Goreng Berempah
Nama kedai makan : Nasi Lemak Hasnor
Lokasi : Meru, Klang

Antara pilihan makanan dan minuman lain yang ada :
- Pelbagai menu nasi lemak.
- Pelbagai menu lontong (biasa, ayam goreng berempah, sotong, kerang, special)
- Otak-otak
- Cakoi
- Cendol





Admin lebih s**a nasi lemak dibungkus daun pisang berbanding yang dalam bekas lain. Nasi lemak bungkus Sefamily ni admin...
28/11/2022

Admin lebih s**a nasi lemak dibungkus daun pisang berbanding yang dalam bekas lain.
Nasi lemak bungkus Sefamily ni admin s**a order delivery (sebelum ada restoran dulu) dan ia nasi lemak bungkus yang paling admin s**a selain dari nasi lemak berbungkus daun pisang yang admin kenali zaman kecil dahulu.
Sekarang dah beroperasi di Sunsuria Forum… bolehlah singgah.

CHOCOJARKalau teringin atau mengidam nak makan chocojar, boleh whatsapp Cik Dilla 0173023144.wasap.my/60173023144       ...
04/11/2019

CHOCOJAR

Kalau teringin atau mengidam nak makan chocojar, boleh whatsapp Cik Dilla 0173023144.

wasap.my/60173023144



- Posted by Admin IR

Anda semua dah pernah menikmati desserts dan makanan di Andra Gula Cakery @ Ardence Labs?Admin s**a makan di sini kerana...
02/09/2019

Anda semua dah pernah menikmati desserts dan makanan di Andra Gula Cakery @ Ardence Labs?

Admin s**a makan di sini kerana pilihan dessertnya yang pelbagai dan sedap-sedap belaka.

Tambahan lagi, tempat ini cozy dan selesa.

Admin dah pernah rasa Berry Pavlova, Cinnamon Rolls, Nutella cake (tak ingat nama sebenar) dan ada lagi la.. tapi tak ingat p**a namanya.

Admin bukan lah peminat Cinnamon Rolls, tapi yang Andra Gula Cakery buat... sangat sedap, buat admin terpikat!

Selain daripada pelbagai kek, ada makanan lain juga seperti spagetti, kuay teow, soft shell crab.. dan macam-macam lagi lah! Admin pernah cuba makan chicken & mushroom carbonara saja.... Repeat la juga lepas tu. Hai....... macam mana lah nak diet macam ni..... 😅.

Pekerjanya pun satu family ramah tamah dan mesra. Ada ruangan kecil untuk anak-anak bermain juga.

Siapa belum cuba... kena lah pergi!

Disclaimer:
This is NOT a paid review tau!
Pemilik cafe pun tak kenal admin dan tak tahu admin pernah makan situ.
Ikhlas dari hati admin

Administrator IR,
The Food Network Setia Alam

SAHUR DELIVERYAssalamualaikum....📢📢📢📢📢Untuk makluman *Restoran Sambal Opah* (sebelah Bank islam) ada menyediakan perkhid...
24/05/2018

SAHUR DELIVERY

Assalamualaikum....
📢📢📢📢📢

Untuk makluman *Restoran Sambal Opah* (sebelah Bank islam) ada menyediakan perkhidmatan delivery sahur (masakan panas) ..

Sila hubungi / WhatsApp di talian 0123499347. Link : www.wasap.my/60123499347

Charge penghantaran akan dikenakan mengikut tempat
(RM1 - RM3 sahaja 😍😍)

waktu tempahan:
bermula pukul 11 malam hingga 4.30 pagi

Terima kasih

Address

Setia Alam
Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Food Network Setia Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category