19/05/2026
Tahniah kepada seluruh warga FELDA Umas 04 atas pencapaian membanggakan! Kejayaan mengekalkan kedudukan carta nombor satu Ranking Peratusan BTS Muda FELDA secara konsisten sejak Julai 2025 hingga April 2026 bukanlah terjadi secara kebetulan, tetapi hasil daripada komitmen, disiplin, kerjasama berpasukan dan kesungguhan semua pihak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sentiasa memberikan komitmen terbaik dalam memastikan standard kerja berada pada tahap cemerlang.
Pencapaian ini membuktikan bahawa apabila semua bergerak sehaluan dengan matlamat yang sama, hasil yang luar biasa mampu dicapai. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus konsisten, mengekalkan momentum dan mempertahankan kedudukan ini selama mana yang mampu.
Kekal fokus, kekal berdisiplin, dan teruskan budaya kerja cemerlang. Umas 04 bukan sekadar nombor satu dicarta, tetapi nombor satu dalam usaha, semangat dan kerjasama.