CaribŎu Café

CaribŎu Café A place like no others. Lepak, Enjoy & Sports
Must try our evergreen taste of Nasi Lemak Mak Alang.. wish to see you soon...
(331)

Lepak, Enjoy & Sports
Must try our evergreen taste of Nasi Lemak Mak Alang..Our famous Roti Bakar 'SADO' Telur Goyang..Welcome.. Our Location in Lorong Masjid Kg Bahagia Teluk Intan,
Waze Caribou Cafe Teluk Intan..

MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK ANAK MADRASAH BIDAYATUL HIDAYAH (Laman Hasanah) Masjid Lama Pulau Tiga Kiri, Kg Gajah, Perak.M...
13/03/2026

MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK ANAK MADRASAH BIDAYATUL HIDAYAH (Laman Hasanah) Masjid Lama Pulau Tiga Kiri, Kg Gajah, Perak.

Majlis julung kali diadakan ini adalah anjuran dari Pertubuhan Tulus Ehsan Perak (PERTEP) yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Seramai 16 anak-anak madrasah dan 3 mudir pembimbing dirai di dalam suasana yang tenang dan santai. Majlis dimulai dengan Tahlil Ringkas, Berbuka Puasa, Solat Berjemaah di Masjid Daerah, Santapan Utama dan Pemberian Duit Raya kepada semua anak-anak madrasah.

Tarikh : 7 Mac 2026
Masa : 6.45 petang
Lokasi : Caribou Cafe Arked Mara,Teluk Intan.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada :

1. Cikgu Zaidah (Penasihat PERTEP)
2.. Encik Azhari (Naib Presiden PERTEP)
3. Seluruh Ahli-ahli Jawatan Kuasa PERTEP
4. Encik Irfan (Pemilik Produk Sirap & Kordial Ameen)
5. Tuan Haji Mohd Nazari Bin Sabran (Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak)
6. Encik Shahrul Izwan (Pengurus Syarikat Sawit Pulau Besar)
7. Encik Shahrul Faisal (Pemilik Medifa Care Sdn Bhd)
8. Cikgu Safia Shaharuddin
9. Dr Harlina (Klinik Medifa)
10. Encik Safek Saleh
11. Seluruh Team Caribou Cafe Arked Mara

Dan kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan program ini samada secara langsung atau tak langsung. Moga kita semua mendapat rahmat dan cinta Allah.

Kecewa. Sedih. Marah.Allahuakbar. Semoga adik ini ditempatkan di syurga Allah.Kami dari Team Caribou Cafe mengucapkan sa...
10/03/2026

Kecewa. Sedih. Marah.

Allahuakbar. Semoga adik ini ditempatkan di syurga Allah.

Kami dari Team Caribou Cafe mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai adik Adham Ismail . Diharapkan semoga semuanya dapat melaluinya dengan tabah.

07/03/2026

NOTIS TUTUP
TARIKH : 7/3/2026
HARI : SABTU (1 HARI)
MAAF ATAS SEGALA KESULITAN

Program kami pada Sabtu. Alhamdulillah ❤️
05/03/2026

Program kami pada Sabtu. Alhamdulillah ❤️

WAKTU OPERASI & MENU SEPANJANG RAMADHAN Caribou Cafe Arked Mara (Bersebelahan Domino's Pizza)Buka : 4.00 petangTutup : 1...
04/03/2026

WAKTU OPERASI & MENU SEPANJANG RAMADHAN

Caribou Cafe Arked Mara
(Bersebelahan Domino's Pizza)
Buka : 4.00 petang
Tutup : 11.00 malam
Last Order : 10.30 malam

MENU ISTIMEWA
• Nasi Berlauk Set Talam (Details di gambar)
> Set Couple
> Set Family

• Lauk-Pauk
> Masak Lemak Daging Salai
> Masak Lemak Ayam
> Ayam Goreng Berempah
> Daging Masak Hitam
> Ikan Celup Tepung
> Ayam Bakar Madu
> Daging Bakar
> Ikan Bakar
> Telur Dadar
> Ulam Ulaman
> Sambal Belacan
> Budu Tempoyak (Istimewa)

SPECIAL ORDER (1 DAY BEFORE)
• Kambing Bakar 1 Kilo
• Asam Pedas Jenahak
• Siakap Sweet Sour

MENU PILIHAN
• Nasi Kerabu Tumis
• Nasi Dagang
• Nasi Lemak
• Nasi Putih Masak Lemak Daging Salai

MENU RINGAN
• Lontong Istimewa
• Roti Jala & Kari Ayam
• Nugget & Fries

MENU KOMPLIMENTARI (Percuma)
• Tembikai Potong
• Kurma

MINUMAN BALANG (ISTIMEWA)
• SETIAP MASA HANYA RM2 (FREE REFILL) dan juga menyediakan air bancuh seperti biasa.

Untuk Tempahan:

www.wasap.my/60196213200/IftarRamadhan

Platform Perkhidmatan Penghantaran:
1. Grab Food
2. Shopee Food
3. Delivery (Whatsapp)

Jemput singgah semua ❤️

Assalamualaikum semua..Salam Ramadhan Hari ini kita dah bermula.4.00 petang - 11.00 malam(Last Order 10.30 malam)• Take ...
27/02/2026

Assalamualaikum semua..

Salam Ramadhan

Hari ini kita dah bermula.

4.00 petang - 11.00 malam
(Last Order 10.30 malam)

• Take Away
• Dine - In
• Grab Food
• Shopee Food

Jemput singgah guys ❤️

PAPA ZOLA THE MOVIEYeay. Kami dah pergi tengok semalam. Pada mulanya agak skeptikal.Namun setelah menonton, boleh dikata...
11/12/2025

PAPA ZOLA THE MOVIE

Yeay. Kami dah pergi tengok semalam. Pada mulanya agak skeptikal.

Namun setelah menonton, boleh dikatakan filem animasi tempatan yang paling hebat pernah kami saksikan.

Terkejut kami. Jalan cerita yang menarik. Movement yang memang superb dan agak menyentuh hati. Sedih. Hampir hampir jatuh airmata kami.

Tahniah buat team produksi. Anda berjaya dan kami amat berbangga.

Rating 10/10
Filem Mesti Tengok

Setelah 2 kali hujung minggu bereksperimentasi. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.Sebanyak 327 Ayam Bakar dan ...
08/11/2025

Setelah 2 kali hujung minggu bereksperimentasi. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

Sebanyak 327 Ayam Bakar dan 578 kg lemak telah terjual di alam mimpi.😅

Kepada sesiapa yang ingin mencuba boleh lah datang.

Lemak Bakar yang mencair di dalam mulut dengan resepi perapan asli tersendiri.

Jemput datang beramai-ramai ya❤️

Juga boleh didapati di Apps Rakan Penghantaran kami Grab Food Delivery.

Klik link di bawah:
https://grab.onelink.me/2695613898?pid=inappsharing&c=1-C2JACUMFVFKCLJ&is_retargeting=true&af_dp=grab%3A%2F%2Fopen%3FscreenType%3DGRABFOOD%26sourceID%3DA4pcqCZkS4%26merchantIDs%3D1-C2JACUMFVFKCLJ&af_force_deeplink=true&af_web_dp=https%3A%2F%2Fwww.grab.com%2Fdownload

04/11/2025

Tahniah Qi Razali atas kejayaan merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan yang mantap filem Babah di malam Anugerah Filem Festival Malaysia ke-34.

Menitis air mata jantan min tengok filem ni😭😭

You deserve it bro! 💪🏼

❤️❤️❤️
30/09/2025

❤️❤️❤️

Address

No 1 Lot 2982
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:30
Tuesday 08:00 - 14:30
Wednesday 08:00 - 14:30
Thursday 08:00 - 14:30
Saturday 08:00 - 14:30
Sunday 08:00 - 14:30

Telephone

+60196213200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CaribŎu Café posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share